Categories: Resipi

Resipi Roti Sosej Gulung Yang Jimat, RM20 Dapat 40 Biji!

Roti sosej gulung ini sesuai dihidangkan semasa jamuan di rumah, sekolah atau pejabat. Tak kira jamuan sempena Hari Raya, rumah terbuka mahupun apa-apa jamuan. 

Cara penyediaan dan bahan-bahan yang digunakan juga sangat mudah. Anda hanya memerlukan roti, sosej, telur dan serbuk roti sebagai bahan utama.

Kos bahannya juga hanya sebanyak RM20 untuk 20 biji. Jimat kan? Jom lihat perkongsian resepi sosej gulung yang telah dikongsikan oleh Fina Tuah di bawah.

Baca juga: Resipi Cheesy Garlic Bread ‘Sedap Gila’, Buat Tiap Hari Pun Takkan Puas

CARA BUAT ROTI SOSEJ GULUNG

Bahan-bahan:

  • Roti gardenia saiz besar 1
  • 2 pek sosej
  • Telur 4 biji
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Serbuk roti 150 gram

Cara-cara:

1. Ambil sekeping roti, kemudian alaskan dengan plastik dan lenyekkan menggunakan cawan atau apa-apa yang sesuai.

Tujuan alas dengan plastik supaya roti tidak melekat dah mudah untuk diangkat. Roti pula kena penyet supaya bila digoreng nanti tidak terlalu berminyak.

2. Letakkan sosej ke atas roti. Sapu adunan telur yang sudah dipukul sebagai gam untuk lekatkan gulungan roti.

3. Gulung dengan kemas.

4. Kemudian potong kepada dua bahagian.

5. Golekkan dalam adunan telur terlebih dahulu, seterusnya golekkan ke dalam serbuk roti.

6. Sedia untuk digoreng dalam minyak yang sudah panas menggunakan api sederhana sehingga golden brown.

7. Jangan goreng terlalu lama kerana roti mudah garing. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Fina Tuah

Baca juga: Resipi Roti John Homemade, Confirm Lagi Puas Hati Boleh Letak Inti Bertimbun!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

4 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

4 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

4 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

5 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

5 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

8 hours ago