Categories: Resipi

Resipi Cheesy Garlic Bread ‘Sedap Gila’, Buat Tiap Hari Pun Takkan Puas

Pasti ramai dah biasa buat garlic bread kan? Kali ini jom cuba resepi cheesy garlic bread pula.

Cara penyediaanya sama seperti yang kita biasa buat, tetapi resipi ini sedikit berbeza kerana adanya penggunaan keju.

Seperti yang anda sedia maklum, apa-apa masakan yang diletakkan keju pasti akan disukai ramai.

Jadi buat penggemar keju, anda wajib cuba resipi roti ini untuk sarapan pagi. Sekali cuba pasti akan repeat lagi!

Baca juga: Hilang 32KG, Wanita Kongsi 8 Idea Menu Diet Yang Berasaskan Roti

RESEPI CHEESY GARLIC BREAD

Bahan-bahan:

  • Roti keping
  • Bawang putih
  • Lada hitam
  • Mentega
  • Daun parsley
  • Cheese

Cara-cara memasak:

1. Tumbuk bawang putih dan lada hitam sehingga lumat.

2. Kemudian tambah mentega, boleh pilih apa-apa jenama yang anda sukai. Gaul sehingga sebati.

3. Seterusnya tambahkan daun parsley secukupnya. Gaul lagi sehingga semuanya bercampur rata.

4. Potong roti kepada dua bahagian. Kemudian sapukan bahan-bahan yang sudah ditumbuk dan digaulkan sebati tadi pada roti sehingga tersepu rata pada kesemua bahagian.

5. Panggang atas kuali leper menggunakan api perlahan.

6. Taburkan cheese ke atas roti. Kemudian tutup dengan roti tanpa cheese ke atasnya.

7. Pastilah kedua-dua belah roti garing dan sedikit perang sebelum diangkat.

8. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: TikTok Ash&Wife

Baca juga: Roti Asyik Tak Habis, Buat Roti Telur Berhantu Macam Ni Confirm Laku!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

4 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

4 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

4 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

5 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

5 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

8 hours ago