roti canai

Tiba-tiba teringat roti canai dekat kedai mamak. Kalau dekat kedai tu, makan dengan kuah banjir sedap betul. Anak-anak pun suka sangat kalau bawak pergi makan dekat kedai.

Resipi yang dikongsi oleh Icha Adalia ni pun jimat tau sebab korang boleh dapat dalam 18-20 keping roti. Jadi mudah sangat kalau ada anak-anak yang ramai.

Resipi Roti Canai Yang Sedap

Bahan-bahan:

  • 1kg tepung gandum
  • 1 sudu makan gula
  • 1 sudu makan garam
  • 2 sudu makan susu pekat
  • 1 sudu makan marjerin
  • 1 biji telur
  • 2 cawan air

Cara-cara:

  1. Satukan gula, garam, susu, telur dan air kemudian kacau hingga larut.
  2. Masukan tepung dan marjerin uli hingga jadi doh. Rehat dalam 5 minit.
  3. Uli doh sekali lagi sehingga doh menjadi licin, tidak melekat dan kenyal. Jika doh nampak keras renjis sedikit air dan uli doh sehingga lembut.roti canai
  4. Bila doh dah lembut dan cantik, bulatkan doh dan sapu minyak atau marjerin dekat permukaan doh. Kemudian masuk dalam bekas. Ulang proses sampai doh habis.
  5. Perap doh 2-4 jam. Lagi lama perap, roti akan jadi lembut.
  6. Jika nak masak, canaikan doh kemudian simpulkan. Buat bentuk melingkar. Kemudian, canaikan semula doh dan boleh masak atas kuali. Api jangan terlalu kuat. Ikut selera sendiri nak buat yang biasa atau yang garing. Jika nak buat roti telur, masa masak tu letak je telur. Biar roti masak dengan telur.

roti canai

Dah siap! Mudah sangat nak buat roti canai dalam kuantiti yang banyak. Selamat mencuba.

Baca juga:

Roti Canai Terlalu Liat Sampai Tak Hancur, Wanita Itu Tergigit..

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN