rendang daging mak

Resipi rendang daging ini sesuai dijamukan pada Hari Raya. Sama ada resipi turun temurun mahupun tidak, rendang daging atau rendang ayam pasti menjadi pembuka selera pada pagi raya bersama-sama lemang serta ketupat. 

MyResipi ingin kongsikan satu resipi yang diberi nama ‘rendang daging mak’ oleh Puan Zaitun yang merupakan nenek kepada penulis.

Jom kita tengok resipinya. 

Baca juga: Tip Masak Rendang Guna Ayam Kampung, Ini 9 Teknik Nak Bagi Lembut 

RESIPI RENDANG DAGING MAK

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging
  • 5 biji bawang putih (besar)
  • 1/2 biji halia
  • 1 senduk besar kicap manis 

Perapan:

  • Bawang putih dan halia dikisar untuk membuat perapan.
  • Perap daging dengan campuran bawang putih dan halia selama setengah jam.

Kerisik Kelapa:

  • 200 gram kelapa parut untuk dibuat kerisik.
  • Sangai kelapa parut sehingga berwarna coklat keemasan dengan menggunakan api kecil.
  • Selepas berwarna coklat, tumbuk kelapa parut tersebut ketika masih panas sehingga lumat.

Bawang Goreng:

  • 10 biji bawang kecil dipotong halus untuk digoreng.
  • Goreng bawang kecil sehingga bewarna coklat keemasan dengan menggunakan api kecil.

Santan:

  • 300gram kelapa segar.
  • 1 1/2 cawan santan cair.
  • 1 cawan santan pekat.
  • Kisar kelapa segar dengan sedikit air.
  • Pisahkan santan cair dan santan pekat dalam bekas beransingan.

Cara memasak:

1. Rebus daging yang telah diperap sehingga air bahan perapan separuh kering.

Rendang daging mak

2. Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga, dan cili kisar bersama rempah kerutup sehingga naik bau.

3. Tuangkan tumisan rempah ke dalam daging yang telah direbus.

4. Ketuk-ketuk serai dan lengkuas dan masukkan ke dalam daging.

5. Tambahkan santan cair ke dalam periuk.

6. Masukkan setengah gula keping ke dalam periuk.

7. Tambahkan bawang goreng, kerisik dan asam keping ke dalam periuk.

8. Biarkan lauk mendidih, kemudian masukkan santan pekat ke dalam periuk.

resipi rendang daging

9. Perasakan dengan garam jika perlu.

10. Masak rendang sehingga kering dan pekat. Pastikan api perlahan.

resipi rendang daging mak

Selamat mencuba!

Sumber: Puan Zaitun Othman

Baca juga: Nak Rendang Tahan Lama? Ikut 7 Tip Ini Supaya Tak Cepat Basi Dan Rosak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN