rempeyek ikan bilis

Rempeyek ikan bilis kacang hijau antara kudapan yang menjadi kesukaan ramai. Cara membuatnya sangat mudah, tak perlu kisar bahan dan tak guna santan.

Walaupun caranya ringkas, tetap sedap, rangup dan cukup rasa. Bila kunyah sekali, mesti nak makan lagi. Rempeyek antara snek yang memang susah nak tolak.

Kalau ada yang nak buat, jangan lupa buat banyak terus sebab confirm cepat habis. Sesuai sangat dijadikan kudapan keluarga pada hari raya nanti.

Baca juga: Resipi Kuih Kapit Tradisional Rangup, Nipis & Wangi Santan… ‘Confirm’ Jadi Snek Laku Keras Di Hari Raya

RESIPI REMPEYEK IKAN BILIS KACANG HIJAU

rempeyek ikan bilis

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus tepung beras (500g)
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 3 biji telur
  • 20 helai daun limau purut, dihiris halus
  • 2 sudu besar ikan bilis
  • Serbuk pati ayam, garam, dan ajinomoto secukup rasa
  • 3 sudu besar air kapur sirih
  • 5–6 sudu besar kacang hijau yang telah direndam semalaman
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis (untuk letak atas rempeyek semasa goreng, jangan campur dalam adunan)

Cara-cara penyediaan:

  1. Satukan semua bahan dalam satu bekas besar, kecuali mangkuk ikan bilis yang disediakan untuk hiasan. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau hingga adunan menjadi cair.
  2. Panaskan minyak dalam kuali yang agak dalam. Minyak kena banyak supaya rempeyek boleh terapung dan rangup.
  3. Jirus minyak panas di tepi kuali, kemudian tuang perlahan-lahan adunan di tepi kuali.
  4. Letakkan ikan bilis di atas adunan, kemudian siram minyak panas 2–3 kali di atasnya supaya ikan bilis dan rempeyek masak sekata.
  5. Kikis rempeyek dengan segera supaya masuk ke dalam minyak. Goreng hingga perang keemasan dan rangup. Angkat dan toskan.

Sumber: Aisyah Humaira

Baca juga: Cara Buat Popia Nestum Rangup Guna 4 Bahan Saja, Kudapan Ringkas Tapi Memang Laku Keras!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN