cara buat popia nestum

Cara buat popia nestum sebenarnya sangat mudah. Ia antara kudapan rangup yang mudah dibuat dan sangat digemari ramai. Gabungan rasa manis daripada gula, aroma nestum yang wangi serta serbuk horlicks menjadikannya cukup sedap dan berperisa.

Kalau ada lebihan kulit popia di rumah, boleh cuba cara buat popia nestum ini. Bahannya ringkas dan langkah penyediaannya juga tidak rumit. Sekali buat, boleh dapat satu balang untuk dijadikan stok kudapan di rumah.

Baca juga: Cara Buat Semperit Klasik Guna Acuan Legend, Hasilnya Gebu Dan Cair Di Mulut!

CARA BUAT POPIA NESTUM GUNA 4 BAHAN

cara buat popia nestum

Bahan-bahan:

  • 2 bungkus kulit popia saiz besar
  • 1 cawan horlicks
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan nestum

Car-cara penyediaan:

  1. Ambil kulit popia dan gulung menggunakan lidi sate. Lekatkan bahagian hujung dengan sedikit air supaya tidak terbuka.
  2. Panaskan minyak dan goreng popia sehingga rangup dan keperangan. Angkat dan tos minyak.
  3. Kisar gula dan Nestum menggunakan pengisar kering sehingga menjadi halus.
  4. Biarkan popia yang telah digoreng sejuk sedikit. Kemudian gaulkan bersama Horlicks serta campuran gula dan Nestum tadi sehingga sebati.
  5. Simpan popia nestum dalam balang kedap udara supaya kekal rangup.

Popia Nestum ini memang sesuai dijadikan snek santai di rumah. Dengan gabungan rasa manis dan aroma nestum yang wangi, tak hairanlah ramai yang suka. Kalau buat sekali, biasanya memang cepat habis!

Sumber: Nazz Mernas

Baca juga: Resipi Sira Labu Yang Cantik Berkilat, Ini Rahsia Supaya Tak Hancur Ketika Dimasak

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN