rambutan asam boi

Musim buah-buahan di Malaysia kembali lagi dan pastinya pokok rambutan di kampung atau di laman rumah sudah mula meriah dengan buah yang merah ranum. Selalunya, kita hanya makan buah rambutan begitu sahaja. Namun, pernahkah anda terfikir untuk mencuba kelainan dengan membuat menu viral yang sangat padu iaitu rambutan asam boi?

Jika sebelum ini menu mangga muda, jambu batu atau kedondong sering menjadi pilihan utama untuk digabungkan dengan serbuk asam, rupanya guna buah rambutan pun sedap juga. Ramai yang sudah mencubanya mengakui bahawa kombinasi tekstur isi rambutan yang berbiji dengan kuah asam boi menghasilkan kepuasan yang tidak terkata apabila dikunyah dalam mulut.

Bagi anda yang belum pernah mencubanya, serius rugi besar kerana cara penyediaannya tersangatlah mudah dan ringkas menggunakan bahan-bahan asas yang sedia ada di dapur rumah anda. Gabungan rasa manis semula jadi daripada isi buah rambutan, masam segar daripada limau kasturi, masin manis daripada asam boi, serta gigitan pedas daripada cili api merah pastinya akan membuatkan sesiapa sahaja kecur liur.

Baca juga: Resepi Colek Buah Simple Guna Gula Melaka, Rasa Pedas Manis Padu Buat Ramai Ketagih

RESIPI RAMBUTAN ASAM BOI

rambutan asam boi

Bahan-bahan:

  • Rambutan secukupnya (buang kulit dan biji)
  • Gula secukup rasa
  • Asam boi
  • Limau kasturi (perah jusnya)
  • Cili api merah (ikut tahap pedas masing-masing)

Cara-cara penyediaan:

  1. Kupas rambutan, buang biji dan asingkan isi buah dalam bekas bersih.
  2. Masukkan gula secukupnya dan gaul rata bersama isi rambutan.
  3. Tambahkan asam boi mengikut tahap masam yang disukai.
  4. Perah jus limau kasturi ke dalam campuran tadi untuk bagi rasa lebih segar.
  5. Hiriskan cili api merah dan masukkan sekali (boleh tambah atau kurangkan ikut tahap pedas).
  6. Gaul semua bahan sehingga sekata.
  7. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1–2 jam supaya rasa lebih sebati dan sedap bila dimakan sejuk.

Sumber: July Nur Haira Baharudin

Baca juga: Hanya Perlu Tengok ‘Bahagian Ini’, Rupanya Mudah Sangat Nak Pilih Buah Oren Manis & Berjus!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN