resipi pulut lemak

Entri hari ini kami kongsikan resipi pulut lemak bersama ikan rebus yang manis-manis. Ini merupakan hidangan istimewa dari negara seberang iaitu Thailand.

Jika ke Yala, ada tiga jenis hidangan yang menyatukan pulut dan ikan rebus, termasuk versi pulut hitam manis, pulut lemak putih dengan ikan rebus manis, dan versi pulut lemak biasa dengan ikan masin.

Yang menariknya, resipi ini ada cara untuk lembutkan pulut tanpa perlu rendam. Nak tahu macam mana, jom baca sampai habis!

Baca lagi: Tips Kuah Mee Kari Yang Sedap, Wanita Ini Kongsi Rahsia Dari Air Tangan Ibunya

RESIPI PULUT LEMAK

Bahan-bahan untuk pulut lemak

  • 6 pot beras pulut (jika memasak untuk ramai)
  • 6 pot air (gunakan pot atau cawan yang sama dengan beras)
  • 2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak masak

Cara penyediaan pulut lemak

1.  Cuci bersih beras pulut seperti kita basuh beras biasa, kemudian toskan.

2. Masukkan beras pulut ke dalam periuk nasi, tambah air mengikut nisbah beras. Jika menggunakan 2 pot beras, tambahkan 2 pot air, dan jangan lebih.

3. Masukkan garam dan minyak masak, kemudian kacau sebati.

4. Terus masak dalam periuk nasi seperti biasa. Tiada perlu rendam atau langkah tambahan.

Pulut ini siap apabila lembut dan berkilat, sedia dihidang. Tambahan kelapa parut biasanya sesuai tetapi tiada masalah jika tiada.

Resepi ikan rebus manis ala thai

Bahan-bahan untuk ikan rebus

  • 8-10 ekor ikan selayang/kembung atau ikan pilihan anda
  • 3-5 keping asam keping (bergantung pada saiznya)
  • 2 sudu kecil pes asam jawa, bancuh dengan setengah gelas air
  • 5 sudu kecil garam
  • 3 keping gula melaka atau gula kerek (boleh guna gula melaka jika tiada gula kerek)
  • 1 sudu kecil stok ayam (atau seketul kiub ayam)

Cara penyediaan ikan rebus

1. Bersihkan ikan dengan teliti, buang semua isi perut.

2. Susun ikan dalam periuk dan tambahkan air sehingga paras ikan.

3. Masukkan semua bahan iaitu asam keping, pes asam jawa, garam, gula kerek/gula melaka, dan stok ayam.

4. Masak dengan api perlahan hingga air rebusan hampir kering. Ini akan membolehkan rasa asam dan manis meresap sempurna ke dalam ikan.

5. Biarkan ikan semalaman agar lebih meresap. Boleh juga digoreng terus jika ingin segera dimakan.

resipi pulut lemak

Sumber: Wan N Wan M

Baca lagi: Akok Kedut Pandan Versi Kurang Manis, Senang Guna Acuan Kek Cawan Je!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN