
Kalau ada lebihan roti yang dah nak dekat tarikh luput, jangan terus buang ya. Boleh saja jadikan resipi puding roti yang simple tapi hasil dia memang sedap lembut berkrim. Sekali buat, memang ramai akan suka terutamanya kalau dimakan panas atau sejuk dari peti ais.
Resipi ini memang antara pencuci mulut yang mudah dan tak perlukan bahan pelik-pelik. Rasa yang manis berlemak, dengan aroma vanila dan tekstur roti yang lembut menyerap semua campuran susu dan telur. Lagi sedap bila ditambah coklat chips di dalamnya.
Kalau ikut cara ini, puding roti bukan sahaja jadi lebih sedap, tapi juga membantu elakkan pembaziran makanan. Sesuai sangat untuk minum petang, hidangan keluarga atau bila tiba-tiba craving dessert manis di rumah.
Baca juga: Resepi Puding Roti Marble Berlapis Cantik, Memikat Mata & Manis Dimakan
RESIPI PUDING ROTI & SOS KASTARD

Bahan-bahan puding roti:
- 8 keping roti putih
- 4 sudu besar mentega (cairkan)
- 2 cawan susu full cream/susu cair
- 1/2 cawan gula
- 1 penutup kecil esen vanila
- 3 biji telur
- Secubit garam
- Gula perang (untuk tabur atas)
- Coklat chips (ikut suka)
Cara-cara buat puding roti:
- Potong roti kepada bahagian kecil dan susun dalam loyang yang sesuai untuk dibakar.
- Dalam mangkuk, satukan susu, telur, gula, garam dan esen vanila. Kacau sehingga semua bahan sebati.
- Tuangkan mentega cair ke atas roti yang telah disusun.
- Tapis dan tuangkan campuran susu dan telur tadi ke atas roti secara rata.
- Tekan-tekan roti supaya semua bahagian menyerap adunan dengan baik. Taburkan coklat chips jika mahu.
- Biarkan seketika lebih kurang 5–10 minit supaya roti menyerap semua bahan.
- Taburkan gula perang di atas permukaan.
- Bakar pada suhu 170°C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga masak (bergantung pada oven masing-masing).
Bahan-bahan sos kastard:
- 1 tin susu cair
- 2 sudu besar tepung kastard
- Secubit garam
- 4 sudu besar gula
- 1 cawan air
Cara membuat sos kastard;
- Campurkan semua bahan dan masak atas api perlahan. Kacau tanpa henti sehingga pekat, licin dan berkilat.
- Sejukkan sedikit sebelum tuang atas puding roti yang sudah siap dibakar. Lagi sedap kalau disimpan dalam peti sejuk dulu sebelum dimakan.
Sumber: Ekin Ramli
Baca juga: Resepi Puding Jagung Simple Lemak Berkrim, Makan Sejuk-Sejuk Memang Menyegarkan
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














