Categories: Resipi

Resipi Puding Laici Susu ‘Fluffy’ Paling Lembut, Sekali Makan Terus Rasa Sejuk Sampai Tekak!

Pencinta pencuci mulut, jom cuba resipi puding laici yang sejuk, manis dan menyegarkan ini. Kadang-kadang, tekak rasa nak makan sesuatu yang lembut dan berlemak, lebih-lebih lagi kalau cuaca kat luar tengah panas terik.

Namun, ramai yang selalu buat puding laici jenis ‘kosong’ atau keras sahaja. Sebenarnya, ada satu teknik rahsia untuk buat puding laici anda rasa lebih premium dan teksturnya jadi sangat lembut macam awan.

Resipi yang dikongsikan oleh Sunita Sabtu ini sangat unik kerana ia memberikan hasil puding yang lebih ‘rich’ dan nampak cantik bila dipotong.

Baca juga: Resipi Puding Jagung Kastard ‘Creamy’, Senang Saja Buat & Confirm Menangi Hati Semua!

RESIPI PUDING LAICI

Bahan-bahan:

  • 1 tin buah laici (asingkan air dan buahnya)
  • 1 tin susu cair (evaporated milk)
  • 1 paket serbuk agar-agar (sekitar 10g-11g)
  • 800ml air kosong
  • 2 biji telur (asingkan kuning dan putih)
  • Gula secukup rasa (ikut selera manis masing-masing)
  • Sedikit garam (untuk bangkitkan rasa lemak)
  • Sedikit esen vanila

Cara-cara penyediaan:

  1. Langkah pertama yang paling penting, asingkan kuning dan putih telur. Ambil putih telur dan gunakan mixer, pukul sehingga ia menjadi krim yang ‘bertanduk’ atau kental (stiff peak). Untuk kuning telur pula, cukup sekadar pukul manja-manja (pukul ringan) sahaja. Ketepikan kedua-duanya.
  2. Dalam periuk, masukkan air kosong, air daripada tin laici, serbuk agar-agar dan gula. Masak di atas api sederhana dan kacau sentiasa sehingga adunan mendidih dan semua bahan larut sekata.
  3. Setelah mendidih, kecilkan sedikit api. Masukkan susu cair, kuning telur yang telah dipukul manja tadi, esen vanila dan sedikit garam. Masukkan juga buah laici yang telah dipotong kecil-kecil untuk tekstur yang lebih menarik. Kacau rata.
  4. Apabila semua bahan sudah sebati, langkah terakhir adalah masukkan putih telur yang telah kental tadi. Kacau secara ‘manja’ atau perlahan sahaja supaya ia bercampur rata dengan adunan agar-agar. Biarkan ia mendidih seketika sekali lagi.
  5. Tutup api dan tuangkan adunan ke dalam acuan kegemaran anda. Biarkan wap panas hilang seketika, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk. Puding ini paling sedap dinikmati ketika betul-betul sejuk!

Sumber: Sunita Sabtu

Baca juga: Resepi Puding Roti Marble Berlapis Cantik, Memikat Mata & Manis Dimakan

Wan N

Recent Posts

Baru Hari Pertama Guna Grab, Rembayung ‘Diserbu’! Khairul Aming Pecah Rekod Jualan Makan Tengah Hari Tertinggi

Restoran Rembayung milik usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya merekodkan…

1 hour ago

Sosej Ayam Homemade Untuk Diet & Buat Stok Makanan, Guna Isi Ayam Dan Sayur Saja!

Sedang mencari idea menu diet yang mudah disediakan dan boleh dijadikan stok makanan di rumah?…

1 hour ago

Resipi Araittuvitta Mutton Kuzhambu, Kari Kambing ‘Pure’ Dengan Rempah Sangai Buat Kuah Lebih Harum!

Resipi kari kambing ini menggunakan teknik masakan tradisional India yang dikenali sebagai Araittuvitta Mutton Kuzhambu.…

3 hours ago

Ayam Masak Ketumbar Cili Padi, Masak Sampai Naik Bau Memang Buat Bertambah Nasi!

Buntu memikirkan menu lauk untuk keluarga? Apa kata cuba ayam masak ketumbar yang digabungkan dengan…

4 hours ago

Resipi Sos Thai Homemade, Tekstur Pekat Likat Memang Puas Nak Cicah Dengan Apa Pun!

Resepi sos thai homemade ini boleh disediakan sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati.…

5 hours ago

Cara Buat Scone Homemade Guna Tepung Kek, Rangup Di Luar & Gebu Di Dalam!

Resepi scone merupakan antara pilihan menarik yang boleh disediakan untuk sarapan pagi atau minum petang.…

6 hours ago