Peminat masakan Indonesia pasti teruja dengan perkongsian kami kali ini tentang perapan Ayam Penyet yang paling sedap. Tambahan pula, cara membuatnya cukup mudah.
Resipi perapan Ayam Penyet ini dikongsikan oleh Suraya Jainul di Facebook yang bukan saja ringkas, malah hasilnya cukup memuaskan. Jom kita cuba!
Baca juga: Ayam Goreng Pandan Simple Dengan 3 Langkah, Siap Aroma Harum Semerbak!
Bahan-bahan:
Cara-cara buat perapan ayam penyet:
1. Mula-mula, kisar bawang, halia, kunyit, bawang putih, serai, ketumbar, jintan manis, jintan putih, mushrooms seasoning atau stock ayam dan sedikit garam.
2. Selepas itu, rebus ayam bersama bahan kisar dengan segelas air dalam periuk dan masukkan bay leaf.
3. Setelah nampak ayam sudah masak, terus angkat dan ketepikan terlebih dahulu (boleh biar beberapa jam jika suka, nak terus goreng pun boleh).
4. Kemudian, ambil sedikit air rebusan ayam tadi dan bancuh dengan tepung jagung.
5. Seterusnya, masukkan satu sudu kecil stock ayam atau mushrooms seasoning dalam bancuhan tepung tadi.
6. Akhir sekali, boleh goreng ayam dengan celupkan ke dalam adunan tepung. Goreng sekejap saja sebab ayam sudah masak. Siap untuk dihidang!
Tak dinafikan banyak kedai makan di Malaysia yang ada menu nasi ayam penyet. Jika teringin tapi malas nak keluar rumah, boleh buat sendiri dengan resipi perapan Ayam Penyet ini.
Resipi ini sangat sesuai dijadikan sebagai lauk untuk makan tengah hari atau malam di rumah. Selain itu, anda boleh lengkapkan hidangan ini bersama sambal, tauhu dan tempe yang lazat.
Selamat mencuba!
Sumber: Suraya Jainul
Baca juga: Resepi Nasi Ayam Penyet Untuk Satu Keluarga, Sekejap Je Dah Siap Masak!
Sebuah premis makanan di Kulim, Kedah diarahkan tutup selepas pemeriksaan mendapati tahap kebersihannya tidak memuaskan,…
Kuey teow ladna resepi guna seafood ini sesuai dicuba kalau teringin menikmati hidangan berkuah pekat.…
Resipi mac and cheese ini sesuai untuk anda yang ingin mencuba kelainan daripada hidangan pasta…
Ramai menggunakan gula kelapa untuk membuat kuih tradisional kerana rasanya manis dan aromanya seakan karamel.…
Donut bantal antara pilihan menarik untuk dibuat sendiri di rumah, terutama apabila teringin menikmati kuih…
Cabbage rolls ialah hidangan menggunakan daun kubis yang dibalut bersama inti, kemudian dikukus sehingga masak.…