pepes ayam

Pernah dengar makanan pepes ayam? Kalau pernah makan otak-otak atau sata, rasa pepes lebih kurang sama. Nama lainnya juga dikenali sebagai pais, menggunakan daun pisang dan ikan sebagai bahan utama.

Ia merupakan hidangan yang berasal dari Jawa Barat dan ramai orang Malaysia yang menggemarinya. Harga pepes yang sudah dibakar boleh tahan mahal juga.

Jadi apa kata jom cuba buat sendiri pepes ayam di rumah menggunakan resipi hasil perkongsian dari Rozmaliza Omar di bawah.

Resipi Pepes Ayam

Bahan-bahan:

  • Isi ayam bahagian dada – dikisar
  • 2 biji telur
  • 2 sdb ketumbar**
  • 2 sdb jintan manis**
  • 2 sdb jintan putih**
  • 3 batang serai**
  • 5-6 ulas bawang merah**
  • 3 ulas bawang putih**
  • 4 biji buah keras**
  • 1 inci halia**
  • 1 inci kunyit**
  • Segenggam cili kering**
  • 2 kiub ayam
  • 250 ml santan kara
  • Secukup rasa
  • Garam, gula
  • Daun pisang untuk membungkus

Cara-cara:

1. Kisar semua bahan bertanda (**) kecuali isi ayam dan telur sehingga lumat. Kemudian tuangkan ke dalam kuali. Masukkan juga sedikit minyak, kiub ayam, secukup rasa, garam, gula dan santan.

2. Masak kesemuanya sehingga pekat dan sejukkan sambal.

3. Isi ayam yang sudah dikisar gaul dengan telur. Apabila sambal sudah sejuk, campurkan dengan ayam kisar tadi. Gaul rata sehingga sebati. Pastikan rasa cukup pedas dan manisnya.

4. Letakkan 1 sudu kecil adunan pepes ke atas daun pisang dan bungkus macam kuih koci.

pepes ayam

5. Kukus selama 20 minit. Bila nak makan, bakar sekejap atas dapur.

6. Sedap makan panas-panas, selamat mencuba!

pepes ayam

Kredit: Rosmaliza Omar

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN