cara buat karipap pusing

Karipap pusing sentiasa menjadi kegemaran ramai. Kalau makan panas-panas lagi nikmat. Rupanya tak susah mana cara buat karipap pusing ni, asalkan ikut langkah-langkahnya yang betul pasti menjadi.

Opah Mas Cotek ada berkongsikan resipi karipap buat langkah demi langkah buat anda yang mahu mencuba. Jom lihat resipi di bawah. Semoga bermanfaat!

Cara Buat Karipap Pusing

Bahan doh minyak:

  • 2 ½ cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan minyak masak – dipanaskan
  • Secubit garam
  • Air secukupnya (air suhu biasa)

Bahan doh marjerin:

  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan shortening
  • 1/2 cawan marjerin atau lebih

Cara memasak:

1. DOH MINYAK: Satukan semua bahan dan sebatikan. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh tidak lekat di tangan.

2. DOH MARJERIN: Satukan semua bahan dan sebatikan hingga jadi doh.

3. Rupa doh minyak dan doh marjerin yang telah siap diuli.

4. Bulat-bulatkan doh minyak dan doh marjerin. Pastikan bilangannya sama banyak.

5. Ambil satu doh minyak. Leperkan. Kemudian masukkan doh marjerin di dalamnya.

6. Tutup doh. Bulatkan dengan sempurna sehingga jadi bulatan doh seperti dalam gambar di bawah. Kemudian rehatkan doh 5 minit.

7. Ambil 1 doh dan canaikan.

8. Kemudian sapu sedikit air di permukaan doh. Jangan banyak nanti doh lembik. Cukup sekadar calit-calitkan sahaja.

9. Gulung doh tadi dan letak memanjang seperti dalam gambar.

10. Kemudian canai memanjang doh yang digulung tadi.

11. Gulung doh sekali lagi seperti di bawah ini.

12. Potong doh guna pisau anggaran 1/2 inci tebal atau lebih sedikit.

13. Rupa kepingan doh yang telah dipotong.

14. Ambil sekeping doh dan canaikan. Jangan nipis. Jika tebal tidak mengapa.

cara buat karipap pusing

15. Terbalikkan doh. Isikan inti pada bahagian bawah doh yang dicanai tadi. (bukan bahagian atas). Kelim doh dengan kemas. Inti boleh ikut cita rasa masing-masing.

cara buat karipap pusing

16. Karipap pusing yang sudah siap di kelim.

cara buat karipap pusing

17. Panaskan minyak dan goreng karipap guna api sederhana hingga keperangan.

cara buat karipap pusing

18. Siap untuk dinikmati.

cara buat karipap pusing

Kredit: Mas Cotek (Facebook)

Baca juga: Cara Buat Kek Milo 3 Bahan, Tak Guna Tepung Tapi Tetap Gebu & Lembut!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN