Categories: Resepi

Resipi Oreo Cheese Cupcake Tanpa ‘Bake’, Hanya Perlu Disejukkan Sahaja. Mudahnya!

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-09-22 13:54:55

Sebut sahaja tentang Oreo Cheesecake ini, pasti akan terbayangkan rasa kejunya yang enak. Lebih-lebih lagi jika dimakan sejuk-sejuk, fuhh sedapnyaa! Nampak saja seperti susah untuk dibuat, sebenarnya korang boleh buat oreo cheesecake ini tanpa perlu di masak dalam ketuhar pun. Hanya perlu disejukkan dalam peti air sahaja, mudah kan? Jom kita ikuti resipi ringkas Oreo Cheese Cupcake daripada Mas Cotek ini.

Kredit: Mas Cotek

Bahan Base:

  • 30 keping biskut oreo dikisar (asingkan cream tengahnya)
  • 3 sudu besar butter/marjerin

Cara-caranya:

  1. Hancurkan biskut keping oreo yang telah diasingkan dari cream tadi.
  2. Cairkan butter dan kemudian masukkan oreo untuk digaul sehingga sebati.
  3. Selepas itu, tekan-tekan ke dalam loyang sehingga isinya padat dan sejukkan di dalam peti sejuk lebih kurang ½ jam.

 

Bahan Filling/ Chese Cake:

  • 250 gm cream cheese
  • 200 ml whipping cream
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1/4 cawan gula castor
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 15 keping oreo (1 bungkus dipatah²kan)
  • 1 sudu besar galetin
  • 2 sudu besar air panas (larutkan galetin ke dalam air panas)

Cara-caranya:

  1. Pukul cream cheese dan gula castor sehingga teksturnya menjadi kembang.
  2. Masukkan susu pekat manis, esen vanilla dan cream oreo yang di asingkan dari bahan base tadi, lalu teruskan mengadun.
  3. Kemudian, masukkan whipping cream dan gelatin, lalu adunkan lagi hingga sebati
  4. Selepas itu, masukkan oreo yang sudah dipatah-patahkan tadi dan kacau sebati dengan menggunakan senduk atau spatula.


    Kredit: Mas Cotek


  5. Tuang ke dalam loyang base tadi dan sejukkan selama 5 jam atau semalaman.


    Kredit: Mas Cotek

 

Dah siap! Selamat mencuba!


Kredit: Mas Cotek


Kredit: Mas Cotek


Kredit: Mas Cotek

myresipi

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

2 days ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

2 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

2 days ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

2 days ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

2 days ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

2 days ago