Nugget tempura sangat terkenal terutamanya kepada kanak-kanak. Tapi adakah kita tahu bahawa nugget yang sudah diproses diluar sana terdiri daripada bahan yang kurang sihat untuk perkembangan anak-anak.
Menurut perkongsian dari Noor Liyana, resipi ini juga kalau nak buat sausage homemade cuma anda perlukan plastik aiskrim sebagai acuannya.
Resipi Nugget Tempura Homemade
Bahan-bahan:
- Isi ayam (saya pakai bahagian dada dipotong kecil) dalam 700gm
- Telur 2 biji
- Bawang putih 5 ulas
- Bawang merah 2 biji (saiz sedang)
- Lada hitam (ditumbuk) ikut suka nak banyak mana
- Tepung ubi kayu 3 sudu
- Garam dan perasa (ikut suka)
- Tepung goreng serbaguna (saya guna brand aroma. Sedap sebab dia ada rasa pedas sikit.)
- Sedikit butter
Cara-cara:
- Blend semua bahan (boleh guna food processor jika ada. Kalau tak, boleh guna blender. Tapi blend perlahan takut blender rosak.)
- Kemudian, adunan dikukus lebih kurang 30 minit. Sebelum masuk adunan, saya ada sapu butter sikit di loyang supaya nugget cake senang dikeluarkan.
- Kemudian, potong nugget cake mengikut saiz dan bentuk yang kita suka.
- Bancuh tepung serbaguna dengan air. Jangan pekat sangat dan jangan cair sangat supaya nugget tersalut dengan sekata.
- Celupkan nugget dalam tepung serbaguna dan goreng sehingga garing.
- Kalau nak rasa lebih sihat, boleh grill nugget tersebut.
Hasilnya kita akan dapat nugget yang lembut, tak ada lemak atau keraguan sebab totally isi ayam bahagian dada yang digunakan.
Baca juga:
Wanita Kongsi Resipi Ayam Sihat Sedap & Mudah, Dah 5 Tahun Makan Macam Ni