Categories: Resipi

Resipi Nasi Goreng Terpaling Ringkas, Guna Bahan Ringkas Tapi Sedapnya Tak Boleh Bincang!

Kalau sedang mencari resipi nasi goreng ringkas, yang ini memang sesuai untuk dicuba. Bahan-bahannya tak banyak dan kebanyakannya memang sudah ada di dapur. Walaupun nampak sangat biasa, hasilnya tetap sedap dan mengenyangkan.

Resipi nasi goreng ini boleh dianggap sebagai versi ‘bodo’ atau nasi goreng kosong yang dimasak dengan bahan ringkas sahaja. Rahsianya terletak pada bawang putih, bawang merah dan ikan bilis yang ditumbuk sebelum ditumis sampai naik bau. Gabungan ini sudah cukup untuk menghasilkan aroma yang menyelerakan.

Lebih menarik, resipi ini boleh diubah ikut bahan yang ada. Nak pedas, boleh tumbuk cili. Ada sayur dalam peti ais, masukkan saja. Telur pula digoreng dan dihancurkan sebelum digaul bersama nasi. Ringkas betul, tetapi rasanya memang tak boleh dipandang sebelah mata!

Baca juga: Cara Buat Makaroni Goreng Yang Tak Muak, Secukup Rasa & Kena Dengan Selera Tekak Melayu

RESEPI NASI GORENG RINGKAS

Bahan-bahan:

  • 5 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah kecil
  • Ikan bilis secukupnya
  • Cili secukupnya (jika suka pedas)
  • Nasi putih secukupnya
  • Sayur pilihan
  • Telur secukupnya
  • Kicap secukupnya
  • Perasa secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara penyediaan:

  1. Tumbuk bawang putih, bawang merah kecil dan ikan bilis sehingga agak lumat. Jika suka pedas, boleh tumbuk sekali dengan cili.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi dan tumis sehingga naik bau serta sedikit garing.
  3. Masukkan nasi putih dan sayur pilihan. Gaul rata supaya semua bahan sebati dengan nasi.
  4. Goreng telur secara berasingan sehingga masak, kemudian hancurkan telur tersebut.
  5. Masukkan telur yang telah dihancurkan ke dalam nasi goreng. Kacau hingga sebati.
  6. Tambahkan kicap dan perasa secukupnya mengikut citarasa.
  7. Teruskan menggoreng sehingga nasi masak sekata dan semua bahan bercampur dengan baik.
  8. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Mudah, cepat dan memang sesuai dibuat bila tak tahu nak masak apa!

Sumber: Elza Zawaty 

Baca juga: Tak Perlu Guna Nasi! Resipi ‘Nasi Goreng’ Bunga Kubis Ini Lebih Sihat, Ringan & Sesuai Untuk Yang Diet

Wan N

Recent Posts

Resepi Biskut Semperit Susu Guna 3 Bahan Sahaja, Rangup Dan Cair Di Mulut!

Resepi biskut semperit susu ini antara pilihan yang boleh dicuba jika sedang mencari biskut yang…

34 minutes ago

Cucur Balak Rangup Cicah Kuah Kacang, Rupanya Cara Buat Adunan Macam Kulit Ketayap!

Kalau biasa menikmati cucur atau kuih tradisional sebagai hidangan minum petang, apa kata cuba pula…

3 hours ago

Cara Buat Bingka Ubi Dengan Permukaan Garing Tapi Isi Lembut, Manis Cukup Rasa!

Cara buat bingka ubi sendiri di rumah tidaklah sesukar yang disangka. Kuih tradisional ini cukup…

3 hours ago

Sambal Berlada Telur Rebus Bilis Kentang, Lauk Ringkas Tapi Nasi Tambah 3 Kali!

Kadang-kadang, lauk yang ringkas dengan gabungan rasa pedas, masin dan sedikit manis inilah yang paling…

3 hours ago

JUICE Best Of 2026 Kembali, Kini Orang Ramai Boleh Undi Artis, DJ Dan Jenama Fesyen Pilihan!

Siapa agaknya nama yang paling menyerlah dalam dunia hiburan dan budaya pop tempatan sepanjang tahun…

4 hours ago

Resipi Sambal Tumis Udang Simple, Rahsia Isi Kekal Juicy & Kuah Pekat Bersalut Elok!

Resipi sambal udang simple ini sesuai dijadikan pilihan kalau buntu memikirkan menu lauk untuk makan…

4 hours ago