nasi goreng ekspres

Kalau tak ada idea nak masak untuk makan malam, boleh cuba resipi nasi goreng ekspres ini. Cara buatnya sangat cepat, cuma masukkan apa sahaja bahan yang ada di dapur. Terus siap satu hidangan yang sedap dan menyelerakan.

Resipi ini bukan saja mudah, malah rasanya juga pasti menepati selera seisi keluarga. Rasanya tak pedas sangat, jadi memang sesuai untuk anak-anak yang suka makan nasi goreng.

Baca juga: Resipi Nasi Goreng Orang Dulu-Dulu, Tak Letak Sebarang Sos Pun Tetap Sedap!

RESIPI NASI GORENG EKSPRES

nasi goreng ekspres

Bahan-bahan:

  • 1 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 biji bawang merah sederhana (dihiris)
  • 1 sudu besar cili kisar (kalau nak lebih pedas)
  • Isi ayam secukupnya
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap soya
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • Garam, gula dan serbuk perasa cendawan secukup rasa
  • Sayur pak choy dan lobak merah (dihiris)

Cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.
  2. Masukkan cili kisar (jika guna) dan tumis lagi hingga terbit bau wangi.
  3. Masukkan isi ayam, kacau rata sehingga ayam separuh masak.
  4. Masukkan sos tiram dan kicap soya. Gaul sebati.
  5. Masukkan nasi, kemudian perasakan dengan serbuk lada sulah, garam, gula dan serbuk perasa cendawan. Kacau rata hingga semua bahan sebati.
  6. Akhir sekali, masukkan sayur pak choy dan lobak merah. Gaul sekejap dan biarkan nasi berasap.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Aisyah Humaira

Baca juga: Nasi Goreng Simple Tanpa Perencah Segera, Makan Sampai Bertambah Pinggan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN