resipi nasi goreng

Resipi nasi goreng cili kering ini merupakan menu yang paling mudah untuk dibuat. Kalau makan juadah ini, auto teringat pada kampung.

Kalau balik kampung, nasi goreng ini akan dihidangkan pada waktu pagi. Rasanya yang cukup rasa dan semestinya pedas akan membuatkan anda tak cukup sepinggan!

Makan waktu panas-panas, memang ngam dan terus mencari air sejuk! Sebab, nasi goreng ini memang pedas.

Jom kita baca resipi perkongsian oleh Cik Puan Noor Ashikin Saerah ini.

Baca lagi: Nasi Goreng Ayam 90an Cara SIMPLE, Nostalgia Terimbau Zaman Dulu-Dulu

RESIPI NASI GORENG CILI KERING

Bahan-Bahan:

  • 2 pot beras
  • 2 pot air
  • 2 sdb sos ikan
  • 1 biji bawang besar*
  • 8 ulas bawang putih*
  • 15-20 tangkai cili kering (buang biji)*
  • 2 sdb ikan bilis*
  • 4 biji telur
  • Ikan bilis goreng
  • Bawang goreng
  • Daun sup atau daun bawang

Cara Penyediaan:

1. Masak nasi dengan air dan beras. Setelah masak, sejukkan dan gaul dengan sos ikan.

2. Kisar kasar bahan bertanda *.

3. Tumis bahan kisar hingga garing.

4. Masukkan telur, masak, dan hancurkan.

5. Masukkan nasi dan gaul rata. Perasakan dengan garam jika perlu.

6. Taburkan ikan bilis goreng, bawang goreng, dan hirisan daun bawang.

Nota:

  • Gunakan baki nasi semalaman untuk hasil yang lebih baik.
  • Air fryer: Ikan bilis goreng – 200°C, 10 miniT
  • Air fryer: Bawang goreng – 120°C, 15 minit (balik-balikkan setiap 5 minit)

Selamat mencuba!

Sumber: Noor Ashikin Saerah

Baca lagi: Bebola Bergedil Ayam Yang Paling Mudah, Makan Macam Tu Je Pun Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN