Categories: Resipi

Resipi Nasi Dagang, Tak Campur Beras Pulut Tapi Nasi Tetap Lembut & Berderai Elok!

Resipi nasi dagang juadah warisan tradisional Terengganu ini sangat sesuai dihidangkan pada waktu sarapan pagi bersama lauk yang paling ngam iaitu gulai ikan tongkol.

Dalam resipi ini sangat mudah kerana beras yang digunakan tidak perlu campur bersama beras pulut. Namun, hasilnya tekstur nasi tetap lembut, berderai dan tidak patah.

Jom baca resipi penuh perkongsian di bawah ini.

Baca lagi: Resepi Laksam Kuah Berlemak, Rasa ‘Ori’ Pantai Timur!

RESIPI NASI DAGANG

Bahan-bahan untuk nasi dagang:

  • 4 cawan beras Jati (saya gunakan beras Nasi Dagang, jadi tak perlu campur beras pulut)
  • 1 cawan beras pulut (optional untuk tekstur lebih lembut)
  • 3 cawan santan cair (campurkan dengan sedikit gula dan garam)
  • 1 hingga 1 ½ cawan santan pekat (campur sedikit garam)
  • 1 sudu halba
  • 2 ulas bawang merah, dihiris halus
  • ½ inci halia, dihiris halus

Cara-cara membuat nasi dagang:

1. Campurkan beras Jati dengan beras pulut (jika menggunakan). Rendam beras tersebut selama 8 jam atau semalaman. Jika masa tidak mengizinkan, rendam selama 2 hingga 4 jam pun sudah memadai.

2. Setelah direndam, kukus beras dan pulut selama 20 minit hingga setengah masak. Angkat dan ketepikan seketika.

3. Keluarkan nasi yang telah dikukus tadi ke dalam bekas yang besar dan gaulkan dengan separuh daripada santan cair. Kacau sehingga semua santan meresap ke dalam nasi. Biarkan nasi rehat seketika supaya ia dapat menyerap lebih banyak santan.

4. Setelah itu, tambahkan baki santan cair dan gaul hingga rata. Pastikan semuanya sebati sebelum kita kukus sekali lagi.

5. Kukus semula nasi tadi selama 20 minit. Pada masa ini, nasi akan masak lebih sempurna dan santan akan memberikan kelembutan yang diidamkan.

6. Sementara nasi dikukus untuk kali kedua, hiriskan bawang merah dan halia halus-halus. Setelah nasi dikeluarkan dari kukusan, taburkan hirisan bawang, halia, dan halba di atas nasi.

7. Untuk langkah terakhir, kacaukan nasi yang telah dikukus dengan santan pekat. Pastikan santan pekat sebati dengan nasi. Anda tak perlu habiskan semua santan jika nasi sudah mencapai kelembutan yang diingini.

8. Nasi dagang anda sudah siap untuk dihidangkan!

Selamat mencuba!

Sumber: Samsinar Bustami

Baca lagi: Resipi Ayam Masak Kicap Yang Pekat Elok, Rupanya Ada Rahsia Kena Ikut

Aisha Qistina

Recent Posts

Roti Nak Expired? Jom Buat Cucur Roti Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam

Alamak! Roti dah nak tamat tempoh? Jangan buang! Kita boleh 'selamatkan' roti itu dengan mencuba…

2 days ago

10 Serbuk Matcha Yang Wajib Anda Tahu Sebelum Beli, Barulah Sedap Bancuh Air!

  Serbuk matcha telah menjadi trend popular dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Namun, ramai yang…

2 days ago

Jenis Mangga Yang Popular Di Malaysia, Orang Kata No. 3 Isi Sedap Dan Manis Leting!

Selalunya kita dengar tentang mangga Harumanis saja, tapi sebenarnya ada banyak lagi jenis mangga terjual…

3 days ago

Bubur Biskut Kapal, Resipi Legend Orang Perak Yang Ramai Tak Tahu!

Teringat pula zaman kecil-kecil dulu, petang-petang mesti mak-mak akan buatkan bubur biskut kapal ini. Rasanya…

3 days ago

Ayam Kicap Jawa Bersantan, Pembuka Selera Kenyang Sampai Menyandar!

Ayam kicap jawa atau lebih dikenali sebagai ayam kicap semur sedap dihidangkan bersama nasi panas.…

3 days ago

Resipi Sardin Kicap Pedas, Rasa Lagi ‘Power’ Dari Masak Sambal!

Bosan asyik makan sambal sardin saja? Jom cuba resepi sardin masak kicap pedas ini pula.…

3 days ago