Categories: Resipi

Resipi Nasi Beriani Dengan Daging Masak Beriani, Lazat Memang Membuka Selera

 

Ibu-ibu tiada idea nak masak apa untuk makan tengahari nanti? Kalau nak masak sesuatu yang istimewa buat keluarga, boleh cuba Resipi Nasi Beriani Dengan Ayam Masak Beriani ini.

Kalau biasa makan 6 Cara Masak Nasi Supaya Lambat Basi & Tahan Sampai 2 Hari putih je, bolehlah masak menu yang lain dari lain pula. Pasti satu keluarga akan puji sedap! Ibu-ibu pun pasti akan kembang hidung bila anak-anak dan suami puji kan.

Ada yang nak cuba? Boleh follow resipi hasil perkongsian oleh Muliadi Ramli di bawah. Semoga bermanfaat!

CARA BUAT NASI BERIANI DENGAN AYAM MASAK BERIANI

Bahan-bahan nasi beriani:

  • Beras Basmathi jasmine parboil 1.2 kg (direndam 40 minit)*
  • Daun Pandan 3 helai*
  • Daun sup + daun ketumbar*
  • Rempah 4 sekawan*
  • Garam kasar 1/2 cawan*
  • Daun bay 3 helai*
  • Air ( tengelam beras)*
  • Air mawar 1/2 botol
  • Pewarna kuning 2 sb

Cara membuatnya:

  1. Panaskan air sehingga betul-betul mendidih. Kemudian masukkan semua bahan bertanda (*).
  2. Rebus beras dalam 7 hingga ke 8 minit sehingga 90% beras masak. Angkat dan toskan.

  3. Kemudian masukkan dalam periuk balik. Lepastu masukkan kuah atau minyak beriani ke dalam nasi serta air mawar dan pewarna.

  4. Stimkan dalam 10 hingga 15 minit lagi. Kacau dan balik-balikkan.
  5. Tutup nasi dalam 5 minit dan siap.

Bahan-bahan daging beriani:

  • Daging 1kg + 3kg tulang gearbox
  • Bahan tumis (minyak sapi 5sb, minyak masak 1 senduk kecik, rempah 4 sekawan)
  • Bahan kisar halus (bawang holland 3 biji, bawang putih 10 ulas, halia 3 inci, cili hijau besar 7 biji)
  • Gula
  • Daun sup + daun pudina
  • Kismis 2 kotak kecil
  • Tomato puri/tomato sup 1/2 tin
  • Buah tomato 3 biji (dikisar)
  • Susu cair 1/2 tin
  • Madu 5 sb
  • Rempah beriani faezah 8sb
  • Cili sos 6sb
  • Bawang goreng 1 cawan

Cara membuatnya:

  1. Panaskan kuali. Masukkan minyak dan minyak sapi. Tumis rempah 4 sekawan. Bila dah naik bau, masukkan bahan kisar halus. Tumis sampai wangi.
  2. Kemudian masukkan gula, daun sup, daun pudina dan air. Masukkan daging dan tulang gearbox. Masak 1 jam hingga 1 1/2 jam atau sehingga daging empuk.
  3. Kemudian masukkan kismis, tomato puri, susu cair, madu dan tomato kisar. Tutup lagi dalam 15 minit.
  4. Lepastu masukkan rempah beriani, kacau. Masukkan sos cili, bawang goreng dan masukkan minyak masak yang panas dalam gulai beriani. (tujuannya supaya gulai nampak dan cantik)
  5. Perasakan dengan bahan perasa dan garam. Siap!

  6. Boleh makan dengan papadom dan acar mentah.

Kredit: Muliadi Ramli

Wan N

Recent Posts

Tak Perlu Rempah Korea, Resepi Sundubu Jjigae Ini Guna Bahan Yang Ada Di Rumah Sahaja!

Resepi sundubu jjigae ini sesuai untuk dicuba di rumah dengan menggunakan bahan yang mudah ditemui…

5 mins ago

Rahsia Kek Pisang Marble Lembut, Gebu & Moist, Cantik Coraknya Bila Dipotong!

Kek pisang marble ini sesuai dibuat kalau ada pisang yang sudah masak di rumah. Teksturnya…

11 mins ago

Kek Coklat Moist Mudah, Sukat Guna Cawan & Tak Perlu Banyak Bahan

Kalau anak-anak tiba-tiba teringin kek coklat ketika cuti sekolah, tak perlu pening fikir resipi yang…

59 mins ago

Rupanya Buat Puding Jagung Tak Susah, Campur Semua Bahan & Masak Sampai Pekat!

Kalau ada jagung tin tersimpan dalam kabinet dan sudah lama tidak terusik, boleh cuba buat…

1 hour ago

Bosan Sup Ayam Biasa? Cuba Tom Som Gai, Kuah Masam Pedas Ini Memang Buka Selera!

Bosan dengan sup ayam yang dimasak cara sama? Apa kata cuba tom som gai, sup…

2 hours ago

Roti Mudah Untuk Orang Malas, Tak Perlu Uli Lama, 30 Minit Dah Boleh Bakar

Nak cuba buat roti homemade tetapi tak mahu menguli lama-lama? Resipi roti mudah ini memang…

3 hours ago