Categories: Resipi

Resipi Nasi Ayam Simple Untuk 2 Orang Makan, Confirm Jimat & Tak Perlu Pening Fikir Menu!

Nak masak untuk makan berdua taklah susah mana, tapi jika sering makan nasi berlauk boleh jadi bosan juga. Oleh itu, kami cadangkan anda cuba resipi Nasi Ayam simple ini di rumah.

Resipi Nasi Ayam simple yang dikongsikan oleh Rozlyn Farah Diana di Facebook ini sangat ringkas tanpa menggunakan banyak bahan dan hasilnya sedap cukup rasa. Jom kita cuba!

Baca juga: Tips Nasi Ayam Lebih Beraroma & Penuh Rasa, Sampai Esok Teringat Sedapnya

RESIPI NASI AYAM SIMPLE (UNTUK 2 ORANG MAKAN)

Bahan-bahan:

  • 2 helai daun pandan
  • 1 kiub pati ayam
  • Sedikit serbuk kunyit (untuk warna nasi kuning)

Bahan tumis:

  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Sedikit butter

Cara-cara membuat:

1. Panaskan sedikit minyak dan butter.

2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sampai wangi dan sedikit perang.

3. Masukkan tumisan ke dalam beras yang sudah dibasuh.

4. Tambah daun pandan, kiub ayam dan serbuk kunyit. Gaul rata.

5. Letak dalam periuk nasi, tekan cook. Siap!

Bahan asas:

  • Ayam (ikut suka nak bahagian apa, untuk 2 orang makan)

Cara-cara rebus ayam:

1. Didihkan air dalam periuk.

2. Masukkan ayam yang dah dibersihkan.

3. Rebus sampai ayam bertukar warna putih. Angkat dan toskan.

4. Jangan buang air rebusan ayam, ada banyak guna nanti.

Bahan perapan ayam:

  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Sedikit madu

Cara-cara perap dan goreng ayam:

1. Gaul ayam rebus tadi dengan kicap, sos tiram dan madu. (Tak perlu tambah garam sebab sos tiram sudah masin).

2. Perap sekurang-kurangnya 30 minit (lagi lama, lagi sedap).

3. Panaskan minyak betul-betul panas, kecilkan api.

4. Goreng ayam sekejap je (3 hingga 5 minit), sampai warna coklat cantik. Jangan lama, nanti hangit.

5. Jangan buang kuah perapan, simpan untuk jadi kuah cicah ayam dan nasi nanti.

Bahan-bahan sambal:

  • 1 cili besar
  • 7 cili padi (lebihkan kalau nak pedas)
  • 1 biji tomato
  • 3 senduk air rebusan ayam

Cara-cara buat sambal:

1. Potong semua bahan, masuk dalam blender bersama air rebusan ayam. Kisar sampai halus.

2. Tuang dalam periuk, masak atas dapur.

3. Tambah gula, garam, sedikit cuka.

4. Rasa ikut selera. Masak sampai sambal sedikit pekat. Siap!

Bahan-bahan sup ayam:

  • Air rebusan ayam tadi
  • 1 sup bunjut
  • 1 kiub ayam
  • Sedikit garam

Cara-cara buat sup ayam:

1. Masukkan semua bahan ke dalam air rebusan ayam.

2. Rebus sampai naik aroma sup.

3. Rasa, selaras garam ikut selera.

Selamat mencuba!

Sumber: Rozlyn Farah Diana

Baca juga: Nasi Ayam Golek Terlajak Sedap, Ini Barulah Namanya Resipi ‘Next Level’!

Aimi

Recent Posts

Madu Limau Kasturi Campur Halia, Buat Stok Siap-Siap Bila Musim Selesema

Madu limau kasturi untuk selesema ini sesuai dijadikan stok di rumah, terutama apabila tekak mula…

24 hours ago

Resipi Lala Sos Tiram, Kuah Pekat Pedas Memang Buat Tak Cukup Sepinggan!

Resipi lala masak sos tiram antara hidangan yang biasa ditemui di meja makan kerana rasanya…

1 day ago

Petua Tauhu Tahan Lama, Ini 7 Cara Simpan Supaya Tak Cepat Masam & Berlendir

Petua tauhu tahan lama ini boleh dicuba kalau selalu beli tauhu tetapi tidak sempat masak…

1 day ago

Jangan Terkejut, Uncang Teh Rupanya Boleh Lepaskan Jutaan Mikroplastik Bila Direndam Air Panas!

Teh uncang memang mudah digunakan. Masukkan uncang ke dalam cawan, tuang air panas dan tunggu…

1 day ago

Resipi Terung Berlado Pecah Telur, Lauk Yang Ringkas Dibuat Tapi Membuka Selera!

Kali ini MyResipi ingin kongsikan resipi terung berlado pecah telur hasil rujukan daripada Puan Eniza…

1 day ago

Kek Pisang Moist, Guna Butter Campur Minyak Jadi Lebih Lembut & Tak Bantat

Dulu selalu buat kek pisang tetapi hasilnya bantat, malah ada yang naik elok dalam oven…

1 day ago