Teringin nak makan nasi arab? Jom cuba resepi nasi arab mandy ayam yang dikongsi oleh Nik Imana di bawah.
Tidak dinafikan, pasti ramai penggemar sajian dari Timur Tengah ini kan? Tidak kira tua atau mudah, semua suka!
Kalau makan di kedai, boleh tahan mahal juga harganya. Jadi kalau nak lebih puas hati, jom buat sendiri di rumah.
1. Rebus keseluran ayam bahagian kaki bersama kulit kayu manis, lada hitam, jintan manis, jintan putih, ketumbar, pati ayam, sedikit garam, tomato dan cili hijau dipotong.
2. Rebus sehingga ayam masak pada bahagian dalam. Kemudian toskan ayam. Air rebusan jangan buang, ketepikan untuk dibuat sup dan nasi nanti.
3. Sapu ayam dengan sedikit padu, serbuk perasa, serbuk kunyit dan serbuk cili. Kemudian susun hirisan lemon dan panggang dalam air fryer atau oven.
1. Cuci dan rendam beras basmathi selama setengah jam.
2. Panaskan planta atau minyak sapi. Tumiskan secubit biji ketumbar, lada hitam, jintan manis, jintan putih (kisar halus jika risau tergigit) dan daun salam.
3. Tumis sehingga semuanya naik bau, kemudian masukkan beras tadi.
4. Goreng sekejap, kemudian masukkan air rebusan ayam tadi mengikut sukatan biasa anda masak nasi. Letakkan juga secubit garam.
5. Bila nasi dah kering, taburkan daun ketumbar dan buang lubang di tengah nasi untuk letakkan pewarna kuning. Kemudian biarkan nasi sehingga masak.
1. Potong kecil bawang holland, timun dan tomato. Letakkan di dalam mangkuk.
2. Perahkan lemon, taburkan garam dan gula secukup rasa. Gaul rata. Kalau tiada lemon, boleh ganti guna cuka.
1. Kisar cili merah, tomato dan daun ketumbar. Perasakan dengan garam dan perahan lemon secukup rasa.
1. Lebihan air rebusan air tadi, tambahkan akar daun ketumbar. Kemudian tambahkan garam dan serbuk kunyit supaya nampak kuning.
2. Kemudian bolehlah hidangkan ayam ke atas nasi dan makan bersama bahan sampingan yang lain. Selamat mencuba!
Kredit: Nik Imana
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…