Categories: Resepi

Cara Buat Puding Strawberry Yang Kurang Manis, Tak Muak Bila Makan!

Bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi. Pasti anda akan tercari-cari resipi pencuci mulut untuk berbuka puasa. Salah satu resipi yang boleh anda cuba adalah resipi puding strawberry.

Sedap makan sejuk-sejuk, nikmat dia memang lain macam lebih lagi jika dimakan semasa berbuka puasa.

Bahan dan cara penyenyediaannya juga tidak susah mana. Ikut saja cara-cara yang dikongsikan oleh Encik Muhammad Ali di bawah.

RESIPI PUDING STRAWBERRY

Bahan-bahan lapisan pertama:

  • 1 paket serbuk agar-agar (10 gram)
  • 3 cawan air (1 cawan = 250ml)
  • 1 cawan dairy whipping cream
  • 220 gram gula
  • Sirap
  • Secubit garam
  • Strawberry dipotong dadu

Bahan-bahan lapisan kedua:

  • 5 gram serbuk agar-agar
  • 2 cawan air (1 cawan = 250ml)
  • Satu titik pewarna sirap
  • 60 gram gula
  • Strawberry yang dihiris

Cara-cara:

1. Untuk lapisan pertama, dalam periuk masukkan 3 cawan air, 1 paket agar-agar dan 220g gula. Kacau sebati, bila dah sebati baru hidupkan api perlahan sahaja.

2. Kacau dalam seminit, kemudian masukkan 1 cawan dairy whipping cream atau susu cair. Kacau lagi sehingga mendidih dan biarkan mendidih selama lebih kurang seminit.

3. Tutup api, masukkan 1-2 titik pewarna sirap. Sebatikan. Tuangkan ke dalam loyang 8 inci.

4. Seterusnya masukkan strawberry yang dipotong dadu. Masukkan perlahan-lahan.

5. Biarkan di luar selama 10 minit, kemudian sejukkan di dalam peti sejuk selama 30 minit.

6. Untuk lapisan kedua, masukkan 2 cawan air, 5 gram serbuk agar-agar dan 60 gram gula. Kacau sebati, bila dah sebati baru hidupkan api perlahan sahaja.

7. Kacau lagi sehingga mendidih dan biarkan mendidih selama lebih kurang seminit.

8. Tutup api, masukkan 1-2 titik pewarna sirap. Sebatikan.

9. Tapis dan sejukkan dulu selama 5 minit.

10. Ambil lapisan pertama tadi, cucuk atau lorek atasnya. Kemudian baru tuangkan lapisan kedua.

11. Tuang separuh dulu, kemudian letakkan strawberry yang telah dihiris. Tuangkan kembali lebihan adunan lapisan kedua sehingga strawberry tenggelam.

12. Sejukkan dalam peti ais selama 2 jam sebelum dimakan. Selamat mencuba!

Kredit: Muhammad Ali

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

3 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

7 hours ago