nasi lemak guna santan kotak

Kalau nak cepat masak nasi lemak, guna santan kotak pun boleh rupanya. Tak perlu bazir masa dan tenaga untuk keluar beli santan fresh di kedai. Bau nasi lemak guna santan kotak ni boleh tahan menyelerakan juga.

Rasanya juga tetap sama, sedap dan bau harum semerbak satu rumah. Lengkap bersama tips untuk menjadikan warna sambal ikan bilis lebih meanarik.

Nak tahu caranya? Jom lihat resipi perkongsian oleh Rozita Daud di bawah.

Resipi Nasi Lemak Guna Santan Kotak

Bahan-bahan nasi:

  • 3 mangkuk beras bekas putih air tauhu
  • 1/2inci halia (hiris nipis)
  • 4 ulas bawang putih (hiris nipis)
  • 1/2 bawang besar (hiris nipis)
  • 2 sudu halba (basuh)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 kotak santan
  • 2 sudu kecil garam

Cara-cara membuat nasi:

1. Basuhkan beras. Masukkan halia, bawang putih, bawang besar, halba dan serai.

nasi lemak guna santan kotak

2. Masukkan 1 kotak santan.

nasi lemak guna santan kotak

3. Tuang dalam periuk dan bilas kotak masuk air sehingga bawah nombor 8, tengok pada tepi periuk. Akhir sekali letakkan 2 sudu kecil garam dan kacau.

4. Siap nasi lemak.

Bahan-bahan sambal:

  • 10 biji lada kering tak pedas (rendam air panas)
  • 1 sudu besar belacan
  • 2 biji 1/2 bawang besar (hiris nipis macam nak buat bawang goreng)
  • Ikan bilis
  • Asam keping
  • Ajinamoto
  • Garam
  • Gula

Cara-cara:

1. Kisar lada kering dan belacan.

2. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan dan terus masuk bawang besar, goreng sampai kuning baru masuk bahan blender tadi.

3. Kacau dan masukkan asam keping. Gaul sehingga sedikit kering dan masukkan 1 sudu 1/2 ajinamoto. Kacau sekejap dan masukkan 3 atau 4 sudu gula pasir mengikut tahap kemanisan yang dingini.

3. Tutup api dan masukkan ikan bilis goreng tadi.

4. Siap!

Bahan hiasan nasi lemak:

Selamat mencuba!nasi lemak guna santan kotak

Kredit: Rozita Daud

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN