resipi mi rebus

Dah jemu asyik masak mi goreng atau mi sup biasa di rumah? Kadang-kadang tekak terasa nak makan sesuai yang berkuah, pekat dan mengenyangkan. Kalau anda buntu nak masak apa petang ini, apa kata kita cuba resipi mi rebus versi ‘campak-campak’ yang sangat senang, tapi rasa dia mantap!

Membayangkan aroma tumisan bawang dan cili kering yang harum saja sudah cukup buat perut berkeroncong. Resipi ini juga memang sesuai sangat buat mak-mak yang nak masak pantas tapi tetap nak hasil yang ‘meletup’ untuk suami dan anak-anak.

Mi rebus ini kalau dibiarkan lama sikit mi akan kembang dalam kuah, rasanya lagi meresap! Teringat zaman kecil-kecil dulu, mak selalu buat mi kuah macam ni. Walaupun mi nampak kembang, itulah yang kita berebut makan sampai licin mangkuk. Jom kita tengok bahan-bahannya di bawah.

Baca juga: Resipi Kerabu Pelam Telur Yang Buat Kecur Air Liur, Masam Pedas Rangup Padu!

RESIPI MI REBUS YANG RINGKAS TAPI LAZAT TAK TERKATA

resipi mi rebus

Bahan-bahan:

  • 1 paket mi kuning (dibersihkan)
  • Bawang merah (dikisar)
  • Bawang putih (dikisar)
  • Cili kering (dikisar)
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Kicap manis
  • Kicap sotong
  • Kiub ayam
  • Chicken stock
  • Lobak merah (carrot)
  • Fish ball goreng
  • Tauhu (digoreng/dihiris)
  • Telur ayam
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • Air secukupnya
  • Daun sup (untuk hiasan)
  • Pilihan: udang atau daging untuk rasa lebih mewah

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam periuk atau kuali besar. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili kering yang telah dikisar tadi sehingga garing dan pecah minyak.
  2. Masukkan sos cili, sos tomato, kicap manis dan sedikit kicap sotong. Kacau rata. Kemudian masukkan kiub ayam dan chicken stock untuk naikkan rasa lemak manis kuah tersebut.
  3. Masukkan air mengikut kepekatan yang anda suka. Biarkan mendidih. Selepas itu, masukkan lobak merah, fish ball dan tauhu.
  4. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Imbangkan rasa masin, manis dan pedas supaya kena dengan selera.
  5. Masukkan mi kuning yang telah dicuci. Akhir sekali, pecahkan telur satu persatu ke dalam kuah. Jangan kacau terlalu kuat supaya telur tidak hancur.
  6. Biarkan mi mereneh sekejap sehingga kuah sedikit meresap ke dalam mi dan mi menjadi kembang (ikut selera). Taburkan daun sup sebelum diangkat.

Sumber: Dhia Nadia

Baca juga: Resipi Gulai Lemak Ketam Versi Kelantan, Kuah Tak Pedas Memang Sesuai Untuk Semua Level

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN