mi kuning

Mi goreng merupakan salah satu hidangan yang menjadi pilihan ramai untuk sarapan atau makan malam.

Kali ini apa kata kita cuba masak mi goreng style orang Jawa atau dipanggil mi goreng lada hitam.

Cara memasaknya juga cukup mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. 

Kalau ada yang nak cuba, ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Puan Azlina Ina di bawah.

Baca juga: Cara Buat Mee Rebus Terengganu Stail, 5 Minit Dah Siap Masak

CARA MASAK MI GORENG LADA HITAM

Bahan-bahan:

  • Mi kuning
  • 1 labu sederhana besar bawang besar
  • 3 tengkai cili besar – hiris serong
  • 5 tangkai cili padi – hiris
  • 3 ulas bawang putih – hiris
  • 3 sudu besar lada hitam – tumbuk kasar (boleh guna serbuk lada hitam tapi rasa kurang kaw)
  • Sos cili
  • Kicap lemak manis
  • Garam dan serbuk perasa

Bahan lain:

  • Isi ayam – potong dadu
  • Fish cake potong dadu
  • Telur 2 biji
  • Sawi
  • Taugeh
  • Tomato dibelah

Cara memasak:

1.  Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang dihiris kecuali lada hitam. Bila bahan tumisan dah layu, masukkan ayam dan fishcake. Gaul rata.

mi goreng

2. Bila ayam dan fishcake dah masak, ketepikan semua. Kemudian pecahkan telur, kacau sehingga rata.

3. Masukkan mi yang sudah direndam di dalam air suam. Masukkan juga lada hitam dan gaul sebati.

4. Tambah 2 sudu besar gula dan kacau rata. Tambah 7-8 sudu besar sos cili dan gaul. Seteruskan tambah kicap lemak manis dan sedikit air.

mi goreng

5. Biar seketika supaya semua bahan diserap sebati dengan mi. Kemudian baru tambah garam dan serbuk perasa.

6. Akhir sekali masukkan sayur dan gaul rata.

mi goreng

7. Sedia untuk dihidangkan. Selamat menjamu selera dan selamat mencuba!

mi goreng

Kredit resipi dan gambar: Azlina Ina

Baca juga: Jom Masak ‘Mee Udang Penang Mari’ Ikut Resipi Mak, Sedap Tak Terkata!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN