mi champa

Hari Raya Aidiladha tahun ini sudah berlalu pergi, mesti banyak lagi lebihan daging lembu korban yang masih belum dimasak kan? Oleh itu apa kata anda cuba Resipi Sup Mi Champa yang berasal dari Kemboja ini. Rasa pedas-pedas bersup confirm buat kita berpeluh ketika makan!

mi champa

RESIPI MI CHAMPA

Bahan kuah:

  • 1 1⁄2  – 2 kg daging lembu beserta tulang untuk dbuat bone broth
  • 3 liter air
  • 4 biji bawang holand* potong 4
  • 3 biji bawang besar * potong 4
  • 2 inci lengkuas dipotong nipis* hiris nipis
  • Seekor sotong kering sebesar tapak tangan*
  • daun ketumbar seikat
  • daub bawang
  • 2 batang kulit kayu manis*
  • 4 biji bunga lawang*
  • 1⁄2  cawan sos ikan
  • Gula
  • Garam
  • Perasa jika suka
  • Serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam
  • 3 kiub stok perisa daging

Cara-caranya:

 

  1. Didihkan air rebusan dulu, masukkan daging dan tulang. Rebus dalam 30minit hingga 1 jam kemudian buang air rebusan daging tadi beserta kotoran.
  2. Kemudian masukkan air dan tulang serta daging rebus kembali dalam selepas 30 minit mendidih lihat jika air rebusan ada buih-buih atau keruh buang lagi airnya dan masukkan air yang baru (3 liter),
  3. Masukkan tulang serta daging dan rebus lagi. Kali ini rebus sehingga daging empuk, keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5@6 jam.
  4. Sementara tunggu daging empuk, anda boleh bakar dahulu bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, sotong kering, kayu manis dan cengkih. (Lihat gambar)

  5. Dalam rebusan tulang tersebut masukkan bahan-bahan yang kita bakar tadi.
  6. Masukkan juga sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam/lada sulah dan kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang. Rebus dengan api perlahan. Sebenarnya sup ni sangatlah sedap jika makan panas-panas.
  7. Masa ceduk kuah tuang dalam mangkuk mee, tapis terlebih dahulu guna penapis supaya bawang dan segala rempah tak masuk dalam mangkuk mee untuk dapatkan kuah yang suci bersih je.

RESIPI SAMBAL LADA

Bahan-bahan:

  • 4 biji lada merah (besar)*
  • 20-30 biji cili api*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2 sudu besar cuka
  • Sedikit garam

Cara-caranya:

  1. Rebus sehingga layu bahan2 bertanda (* ) di atas, kemudian toskan dan kisar sehingga hancur beserta dengan cuka dan garam. Siap.

RESIPI MINYAK BAWANG PUTIH

Bahan-bahan:

  • 3 labu bawang putih dibersihkan dipotong halus
  • 1 cawan minyak jagung

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih goreng sehingga kekuningan dan tutup api.

BAHAN-BAHAN LAIN

  • kuey teow, mihun,mee champa
  • Mee champa
  • Daun ketumbar, daun sup, daun bawang
  • Limau nipis
  • Hirisan daging
  • Minyak bawang putih
  • Lobak asin yang dipotong halus
  • Sambal lada
  • Tauge
  • Kicap
  • Serbuk lada sulah/lada hitam
  • Gula (tambahan jika suka manis)
  • Sos ikan jika perlu

P/s: Masa nak makan, letak kicap, perah asam limau, letak sambal lada, minyak bawang putih, serbuk lada hitam/lada sulah, sos ikan dan gula jika suka manis. Mee sup akan lagi sedap!

mi champa

Kredit: Leya Alia

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN