resipi mee kuah tulang

Resipi mee kuah tulang satu juadah yang sangat sinonim dengan negeri Johor. Kalau anda dah bosan makan nasi, boleh cuba hidangan yang mantap ini.

Bahan utama menua ini sudah tentu tulang dan juga mee. Kuah pekat dan lain dari mee kuah yang kebiasaan kita jumpa.

Jom tengok resipi oleh Encik Muhamad Jefri Bin Harun yang dikongsi melalui laman muka buku. 

Baca juga: Resepi Ayam Goreng Kari, Makan Dengan Nasi Panas Memang Layan!

RESIPI MEE KUAH TULANG

Bahan-Bahan:

  • 1 bungkus mee kuning
  • 1 kg tulang daging (rebus dan ambil air rebusan untuk kuah)
  • 500 g ubi keledek merah (rebus dan kisar)
  • 500 g daging cincang atau lemak daging
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 2 ulas bawang merah (diketuk)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 20 tangkai cili kering (diblander halus)
  • 5 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 200 g kacang tanah (dikisar, boleh dibeli siap di pasaraya)
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Kobis
  • Sawi
  • Tauge

Bahan Tambahan:

  • Bawang goreng
  • Telur
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Tauge

Cara Penyediaan:

1. Rebus tulang daging bersama daging cincang sehingga empuk. Ketepikan dan ambil air rebusan untuk digunakan dalam kuah nanti.

resipi mee kuah tulang

2. Rebus ubi keledek sehingga empuk dan kemudian kisar halus.

3. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah diketuk sehingga wangi.

4. Masukkan cili kering yang telah diblander halus ke dalam periuk. Masak sehingga pecah minyak, kemudian masukkan sos cili dan sos tiram. Kacau rata.

5. Setelah cili masak, masukkan serbuk kacang tanah (boleh diblander sedikit dengan air untuk tekstur yang lebih halus) serta air rebusan tulang dan daging. Kacau sebati.

6. Masukkan ubi keledek yang telah dikisar halus. Masak sehingga kuah mendidih. Tambah gula dan garam secukup rasa mengikut citarasa.

7. Apabila kuah mendidih, masukkan sayur-sayuran (kobis, sawi, dan tauge) dan matikan api.

8. Mee kuah tulang sedia untuk dihidangkan.

9. Hidangkan bersama bahan tambahan seperti bawang goreng, telur, daun sup, daun bawang, dan tauge mengikut citarasa.

resipi mee kuah tulang

Sumber: Muhamad Jefri Bin Harun

Baca juga: Sup Ekor Paling Mudah Dengan 5 Langkah, Kuah Sedap Tak Terkata!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN