resipi mee jawa

Nak makan hidangan berkuah yang sedap dan memikat selera, apa kata anda cuba resipi Mee Jawa pada hari ini? Jika masak satu periuk, pasti keluarga di rumah makan sampai licin.

Mee Jawa ialah sejenis hidangan mi popular di Malaysia, Indonesia dan Singapura yang dikenali dengan kuahnya yang pekat, manis, sedikit pedas dan berempah.

Resipi Mee Jawa yang dikongsikan oleh Hidayah Syibly di Facebook sangat mudah dibuat dan sesuai untuk masak pada hujung minggu. Jom kita cuba!

Baca juga: Mee Kari Nyonya, Kuah Sedap Luar Biasa Sampai Mak Mentua Minta Resipi

RESIPI MEE JAWA

resipi mee jawa

Bahan-bahan:

  • 400g keledek (direbus dan dikisar)
  • 2 labu bawang besar*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 batang serai*
  • Sedikit halia*
  • Sedikit lengkuas*
  • 2 sudu besar udang kering*
  • 2 sudu besar cili kisar
  • Air rebusan daging secukupnya
  • 2 sudu besar penuh serbuk kari daging
  • Garam dan gula secukupnya

*Kisar semua bahan bertanda (*)

Bahan tabur atas mee:

  • 1kg mee kuning (dicelur)
  • ½kg daging yang telah direbus dan dihiris
  • Fishcake (dicelur dan dihiris nipis)
  • Tauge (tak perlu celur)
  • Tauhu (digoreng dan dihiris nipis)
  • Daun sup dan daun bawang
  • Bawang goreng
  • Cili hijau atau cili merah (dihiris)
  • Telur rebus
  • Sawi (dicelur)
  • Limau

Cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak ke dalam periuk dan tumis semua bahan yang dikisar sampai wangi.

2. Masukkan cili kisar dan serbuk kari dan kacau sampai pecah minyak.

3. Masukkan air rebusan daging sikit dan keledek yang dikisar. Cuba masuk separuh keledek dahulu, kacau dan tengok kepekatannya, ubahsuai ikut kesukaan.

4. Nak cair tambah air atau stok daging, nak pekat tambah keledek kisar. Reneh seketika.

5. Masukkan garam dan gula secukupnya bersama satu kiub pati ayam. Siap untuk dihidang!

resipi mee jawa

Resipi Mee Jawa ini memang sesuai untuk semua, dari yang baru belajar masak sampailah yang sudah mahir. Lebih-lebih lagi kuahnya yang padu, memang tak cukup satu mangkuk.

Selamat mencuba!

Sumber: Hidayah Syibly

Baca juga: Mee Jawa Dengan Kuah Paling Sempoi, Buat Banyak Kali Pun Tak Jemu

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN