resipi mee goreng

Selalunya orang masak mee goreng menggunakan sos cili untuk bagi rasa dan warna yang gelap, tapi ada resipi Mee Goreng yang lebih ringkas tanpa menggunakan sos cili sekalipun.

Resipi Mee Goreng ini lebih menonjolkan rasa asli bahan tumisan dan perencah yang digunakan tanpa sos cili. Jadi, ia sesuai untuk mereka yang suka menu bergoreng ringkas.

Idea ini dikongsikan oleh dapur_kecik_naza di TikTok dan terus jadi perhatian ramai sebab cara masaknya nampak mudah, cepat dan hasilnya tetap menyelerakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Cuci Mee Kuning Yang Berbau Kapur, Rasa Pahit & Bau Pelik Terus Hilang!

RESIPI MEE GORENG TANPA SOS CILI

resipi mee goreng

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, goreng udang dan sotong separuh masak dengan sedikit minyak, angkat dan toskan.

2. Guna bekas minyak goreng tadi dan tumis bawang besar, bawang putih, cili api serta ½ kiub pati ayam sampai naik bau.

3. Selepas itu, masukkan isi ayam dan gaul sampai separuh masak.

4. Kemudian, masukkan sos tiram, serbuk lada putih, udang dan sotong yang telah digoreng tadi.

resipi mee goreng

5. Seterusnya, masukkan sebungkus mee kuning bersama sayur pak choy yang telah dicuci.

6. Gaulkan sampai sayur nampak layu, kemudian masukkan minyak bijan, tauge, daun kucai dan kicap sotong.

7. Akhir sekali, gaulkan sampai sebati. Siap untuk dihidang!

Setelah siap digoreng, warna Mee Goreng tetap cantik kekuningan semula jadi, tak pucat dan tak hambar. Senang kata, sesuai untuk sarapan, makan tengah hari atau malam yang ringkas.

Selamat mencuba!

Sumber: dapur_kecik_naza

Baca juga: Cara Buat Mee Goreng Basah Tanpa Bau Kapur, Jangan ‘Skip’ Langkah Ini Semasa Masak!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN