resipi mac & cheese

Penggemar Mac & Cheese munculkan diri anda! Tidak dapat dinafikan lagi, ramai yang menggemari menu ini lagi-lagi buat penggemar keju. Baunya yang lemak berkrim memang disukai ramai.

Kalau anak-anak dah jemu makan nasi, jom buat Mac & Cheese paling mudah ini dengan hanya menggunakan 4 bahan. Resipi paling senang, mudah dan cepat untuk dibuat ini adalah hasil perkongsian oleh Umi Watie.

Lihat resipi lengkap perkongsiannya di bawah. Boleh masak untuk makan malam nanti. Anak-anak dan seisi keluarga dijamin makan berselera sampai menjilat jari. Selamat mencuba!

Resipi Mac & Cheese Guna 4 Bahan

Bahan-bahan:

  • 2 cawan makaroni
  • 2 cawan susu fresh cream
  • 1 cawan serbuk cheese
  • 4 keping cheese

Bahan hiasan:

  • Daun parsley
  • Chili flakes

Cara-cara penyediaannya:

1. Dalam periuk kesayangan bubuh makaroni yang dah dibasuh bersih. Tuangkan susu dalam periuk. Hidupkan api.

2. Tuangkan ½ cawan air kosong.

3. Masak sampai makaroni jadi lembut. Gunakan api kecil ya.

4. Ok makaroni kita dah masak lembut. Pastikan masih ada baki susu dalam secawan dalam periuk tu. Matikan api.

5. Letakkan serbuk cheese dalam periuk panas kita tadi. Gaulkan rata. Boleh beli di kedai bahan bakeri. Tanya di kaunter ”wedges cheese powder”, beli yang tak pedas untuk anak anak makan.

6. Dah sebati, letakkan keju keping tadi. Gaulkan lagi sampai cheese cair sekata.

resipi mac & cheese

7. Hiaskan dengan daun parsley. Kalau takde pun takpe. Kalau nak pedas tabur chili flake.

resipi mac & cheese

8. Tadaaaa. Hidangkan pada anak-anak. Perghhh dah macam makan di cafe dah. Tabur chili flake biar pedas pedas manja.

resipi mac & cheese

Kredit: Umi Watie