
Tak tahu nak buat apa dengan lebihan nasi impit? Jangan risau, baki nasi impit itu boleh dijadikan hidangan baru yang sedap, iaitu resipi lontong goreng!
Resipi ini cepat, mudah dan sesuai untuk sarapan, makan tengah hari atau kudapan petang.
Tambah sedikit cili kering untuk pedas-pedas manis dan jangan lupa telur serta ikan bilis untuk rasa lebih mantap.
Baca juga: Teknik Rebus Nasi Impit Dalam Masa Yang Singkat, Cepat Masak & Jimat Gas!
RESIPI LONTONG GORENG

Bahan-bahan:
- Nasi impit 2 biji besar (potong kecil²)
- Cili kering atau cili padi (ikut tahap kepedasan pilihan)
- Bawang besar 1 biji (hiris kasar)
- Bawang putih 5 ulas (hiris)
- Ikan bilis segenggam
- Telur 2 biji
- Kicap lemak 3 sudu makan
- Garam dan perasa (secukupnya)
- Minyak masak sedikit (untuk menumis)
- Tauge (secukupnya, boleh letak atau tak ikut ketersediaan)
- Daun sup & daun bawang (dipotong kasar)
- Bawang goreng (untuk tabur)
Cara-cara penyediaan:
- Kisar atau tumbuk cili, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis hingga sebati. Tambah sedikit air jika suka kuah lebih lembab dan bersalut.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian tumis bahan blend tadi sehingga naik bau dan agak garing. Masukkan garam dan perasa secukup rasa. Pecahkan telur ke dalam kuali dan kacau rata bersama tumisan sehingga telur masak sepenuhnya.
- Masukkan nasi impit yang telah dipotong kecil, kacau rata sambil tuang kicap lemak. Pastikan nasi impit bersalut rata dengan kicap dan bahan tumisan.
- Masukkan tauge, daun sup dan daun bawang. Kacau sebentar hingga sebati dan sayur sedikit layu. Angkat lontong goreng, tabur bawang goreng di atas untuk aroma dan rasa rangup. Sedia dihidang!
Sumber: Bonda Zalina Amat Rosman
Baca juga: Cara Buat Nasi Impit Goreng Pedas Yang Pasti Sedap, Padu Sampai Tak Cukup Sepinggan!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














