Orang Borneo yang duduk di semenanjung, pastinya merindukan sos ini. Jom buat sendiri guna resipi Lada Sabah dari perkongsian Encik Hairul Nizam Ijam ini.
Cili ini ialah sejenis lada yang ditanam di rantau Sabah, Malaysia. Ia adalah rempah yang terkenal dengan rasa pedas dan aromatiknya. Lada Sabah khususnya berasal dari wilayah Sabah, yang terletak di pantai timur pulau Borneo.
Baca juga: Cara Buang Biji Cili Kering Dengan MUDAH, Tangan Pun Tak Berpijar
Rempah ini sering disebut sebagai “Lada Sabah” untuk membezakannya dengan lada dari kawasan lain.
Cili ini juga mempunyai ciri-ciri tersendiri, seperti aroma yang kuat dan rasa pedas yang unik. Ia sering digunakan dalam pelbagai masakan Melayu dan Asia Tenggara, untuk memberikan rasa dan kepedasan.
Lada Sabah juga sering diproses menjadi pelbagai produk lada, seperti serbuk lada, sos lada dan produk lada yang diproses. Produk ini boleh digunakan sebagai rempah ratus dalam masakan atau sebagai bahan tambahan untuk menambah rasa dan kepedasan makanan.
RESIPI LADA SABAH CARA MUDAH
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 100 gram lada sabah – buang tangkai
- 20 gram bawang putih – buang kulit
- 1 hirisan nipis halia muda
- 1 cawan cuka (ikut paras cili padi dalam pengisar)
- 1 sudu teh garam
- 3 sudu makan gula (jika suka tambahkan 1 sudu teh ajinomoto)
Cara-cara penyediaan:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar.
2. Kisar hingga halus.
3. Masukkan ke dalam botol dan tutup rapat. Boleh simpan di dalam peti sejuk dan boleh juga disimpan di luar (suhu bilik).
4. Ketika ingin menikmatinya bersama makanan pilihan, tuangkan sedikit ke dalam mangkuk dan tambahkan jus limau kasturi atau jus limau nipis.
Boleh tambah bahan perasa seperti garam atau gula jika ingin memenuhi deria rasa anda. Tambah kicap pun boleh.
Selamat mencuba.
Sumber: Facebook Hairul Nizam Ijam
Baca juga: Kenali Jenis Cili Benggala Yang Ada Di Pasaran, Banyak Khasiatnya!