Resipi kuih talam pandan ini mempunyai pelbagai versi tapi hari ini kami kongsikan cara paling mudah dan sesuai untuk yang baru berjinak-jinak ingin membuat kuih.
Untuk memastikan kuih talam kelihatan cantik dan lapisannya kemas, anda perlu mengukus setiap 7-10 minit. Buka tutup pengukus dan lap penutupnya untuk mengelakkan air menitis pada kuih dan ulang proses ini sehingga selesai mengukus.
Biarkan kuih talam betul-betul sejuk sebelum dipotong menggunakan pisau plastik.
Resipi ini juga menggunakan saiz loyang 8×8. Jom cuba!
Baca lagi: Resepi Nasi Ayam Mudah, Anak Puji Sedap Sampai Ibu Tersenyum Sendiri
RESIPI KUIH TALAM PANDAN
Bahan-Bahan:
Lapisan Bawah (Hijau):
- 1 cawan tepung beras
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1 cawan gula (boleh kurangkan sedikit jika tidak mahu terlalu manis)
- 2 cawan santan cair
- 1/2 cawan air pandan (dibuat dengan mengisar 7 helai daun pandan)
- Sedikit garam
- 1 sudu besar air kapur yang jernih (pilihan)
- Sedikit pewarna hijau epal + merah
Cara Membuat Lapisan Bawah:
1. Satukan semua bahan lapisan bawah dalam mangkuk, kemudian tapis ke dalam periuk.
2. Masak di atas api perlahan sehingga naik wap, pastikan sentiasa kacau agar adunan tidak berketul.
3. Setelah masak, tuang adunan ke dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapik dengan plastik dan disapu dengan sedikit minyak.
4. Kukus adunan selama 20 minit menggunakan api sederhana.
5. Selepas 20 minit, buka tutup pengukus dan kukus lagi selama 5 minit dengan api besar tanpa penutup. Cakar sedikit permukaan kuih agar lapisan seterusnya melekat dengan baik.
Lapisan Atas (Putih):
- 3 cawan santan pekat
- 1 cawan tepung beras
- 2 1/2 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu kecil garam (biar sedikit masin untuk menyeimbangkan rasa manis)
Cara Membuat Lapisan Atas:
1. Satukan semua bahan lapisan atas dalam mangkuk, kemudian tapis ke dalam periuk.
2. Masak di atas api perlahan sehingga naik wap, sambil sentiasa kacau.
3. Tuang adunan putih ke atas lapisan hijau yang telah siap dikukus tadi.
4. Kukus selama 20 minit menggunakan api sederhana.
5. Selepas 20 minit, buka tutup pengukus dan kukus lagi 5 minit dengan api besar tanpa penutup.
Selamat mencuba!
Sumber: Rahmah Rosmin
Baca lagi: Kari Ayam Minang, Rasa Pedas & Berempah Memang Bukan Kari Biasa-Biasa, Patut Dicuba!