kuih seri muka

Kuih seri muka adalah salah satu kuih tradisional negara Malaysia. Ia juga sesuai dijadikan menu sarapan pagi atau minum petang.

Resipi yang dikongsi oleh Mr.Ali ini merupakan resipi turun temurun. Bila cakap pasal resipi yang lama sudah semestinya rasa kuih itu dapat mengimbau kenangan lama.

Kuih Seri Muka Topping Lembut

kuih seri muka

Bahan-bahan:

  • 4 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 4 cawan santan pekat + 2 sudu teh garam (Dah masukkan garam terus asingkan 2 cawan untuk pulut dan 2 cawan untuk topping)
  • 5-6 helai daun pandan
  • 2 biji telur gred A
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan tepung gandum

Cara memasak bahagian pulut:

  1. 4 cawan beras pulut (dibasuh). Dah selesai basuh rendamkan dengan 2 cawan santan cair selama 30 minit.
  2. Selepas 30 minit rendam, simpulkan daun pandan dan kukus selama 30 minit.
  3. Dah kukus selama 30 minit, masukkan 2 cawan santan pekat.
  4. Ratakan santan dan kukus lagi selama 10 minit.

kuih seri muka

Cara memasak bahagian topping:

  1. Kisar halus 5-6 helai daun pandan + 1 cawan air.
  2. Dah kisar, sila tapis . Bila tapis kita akan dapat lebih kurang 2 cawan air pandan. Ketepikan.
  3. Seterusnya, masukkan 2 biji telur gred A, kacau sekejap.
  4. Masukkan 1 cawan gula, 1 cawan tepung gandum, 2 cawan air pandan dan 2 cawan santan pekat.
  5. Kacau sehingga sebati. Dah sebati masukkan 1 sudu kecil pewarna hijau & 1 sudu kecil pewarna kuning.
  6. Masakkan topping ini atas api perlahan sampai berwap dalam 2 minit. Pastikan guna api perlahan. Ini untuk dapatkan tekstur licin.
  7. Tutup api dan tuang ke atas pulut tadi. Sambung kukus selama 30-40 minit sehingga masak.
  8. Api pastikan perlahan. Kalau api kuat, topping akan jadi berkedut.
  9. Dah masak, sila sejukkan selama 20 minit dan masukkan dalam peti selama 30 minit lagi dan sedia untuk dipotong.

kuih seri muka

Mudah sangat nak pastikan tekstur licin. Selamat mencuba!

Baca juga:

Kuih Lopes Cara Mudah Dan Pantas, Sedap Buat Minum Petang

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN