Kalau suka kuih tradisional yang ada gabungan rasa lemak dan manis, kuih apam Tokyo ini boleh masuk dalam senarai untuk dicuba. Menariknya, kuih ini dibuat dengan dua lapisan yang berbeza tekstur dan warna.

Bahagian bawah menggunakan sagu, soo hoon dan kelapa parut yang menghasilkan tekstur kenyal serta rasa lemak. Lapisan atas pula lebih lembut dan harum dengan penggunaan air daun pandan.

Cara membuatnya juga tidak rumit kerana kedua-dua lapisan hanya perlu disediakan dan dikukus. Cuma pastikan lapisan bawah dilorek dengan garfu sebelum menuang adunan atas supaya kedua-duanya melekat dengan elok.

Baca juga: Resipi Kuih Cucur Topi, Hanya Guna 5 Bahan Untuk Hasil Rangup Di Tepi & Lembut Di Tengah

RESIPI KUIH APAM TOKYO

kuih apam tokyo

Bahan lapisan bawah:

  • 1 paket kecil soo hoon
  • 1 cawan sagu biji
  • 1 cawan kelapa parut putih
  • 1 1/2 cawan santan
  • Sedikit garam

Bahan lapisan atas:

  • 2 biji telur
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan air daun pandan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Secubit garam
  • Pewarna hijau

Cara-cara penyediaan:

  1. Satukan soo hoon, sagu biji, kelapa parut putih, santan dan sedikit garam dalam bekas. Gaul hingga sebati.
  2. Alas loyang dengan plastik dan sapukan sedikit minyak supaya kuih tidak melekat.
  3. Masukkan adunan lapisan bawah ke dalam loyang dan kukus selama 10 minit.
  4. Sementara itu, sediakan lapisan atas. Satukan telur, santan pekat, air daun pandan, tepung gandum, tepung kastard, tepung jagung, garam dan pewarna hijau.
  5. Kacau hingga sebati, kemudian tapis adunan supaya hasil lapisan atas lebih halus.
  6. Keluarkan loyang daripada pengukus. Lorek permukaan lapisan bawah menggunakan garfu secara perlahan supaya adunan lapisan atas dapat melekat dengan lebih baik.
  7. Tuangkan adunan lapisan atas ke dalam loyang.
  8. Kukus semula selama 20 minit atau sehingga lapisan atas masak.
  9. Angkat dan biarkan kuih sejuk sepenuhnya sebelum dipotong dan dihidangkan.

Sumber: NormalaAhmadan

Baca juga: Cara Buat Kuih Masalode Ikut Resipi Arwah Mak…Rangup Di Luar, Dalam Tak Keras!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending