Categories: Resipi

Resipi Kuetiau Kantonis, Rasa Kuah Yang Pekat & Beraroma Jadi Lebih Puas Makan!

Kalau teringin kuey teow kantonis yang kuahnya pekat, beraroma dan menyerap elok pada kuey teow, resipi ini memang sesuai dicuba. Kuetiau digoreng sekejap sehingga lembut sebelum disiram dengan kuah panas.

Tekstur kuetiau yang sedikit garing di bahagian tertentu apabila digabungkan dengan kuah yang pekat menjadikan hidangan ini lebih menyelerakan. Rasa dan aromanya pula lebih sedap apabila dimakan panas-panas.

Tak perlu tunggu makan di kedai, hidangan ala restoran ini boleh disediakan sendiri di rumah. Sesuai dijadikan menu makan tengah hari atau makan malam untuk seisi keluarga.

Baca juga: Resipi Kuetiau Theng ‘Padu’ Ala Thai, Petua Kuah Jernih Tapi Kaya Rasa!

RESIPI KUEY TEOW KANTONIS

Bahan untuk kuetiau:

  • Kuetiau secukupnya
  • Minyak bijan secukupnya
  • Sos ikan secukupnya
  • Kicap lemak manis secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan untuk kuah:

  • Bawang putih (dihiris halus)
  • Bawang merah (dimayang halus)
  • Isi ayam (dihiris)
  • Fishcake atau fishball (dihiris)
  • 3 cawan air
  • 1 kiub ayam
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • Lobak merah (dihiris)
  • Bunga kobis (dipotong kecil)
  • Batang kailan (dipotong)
  • Udang secukupnya
  • Sotong secukupnya
  • Sedikit gula
  • Garam secukup rasa
  • 2 biji telur ayam
  • Air bancuhan tepung jagung secukupnya
  • Daun kailan secukupnya
  • Untuk Hidangan
  • Cili potong
  • Kicap cair atau cili jeruk

Cara-cara penyediaan:

  1. Gaulkan kuetiau bersama minyak bijan, sos ikan dan kicap lemak manis.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali non-stick. Goreng kuetiau menggunakan api besar sehingga lembut dan sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Untuk menyediakan kuah, panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
  4. Masukkan hirisan isi ayam dan goreng sehingga masak.
  5. Masukkan fishcake atau fishball. Goreng seketika sehingga sedikit garing.
  6. Tuangkan 3 cawan air dan masukkan kiub ayam, sos tiram serta minyak bijan. Biarkan kuah mendidih.
  7. Masukkan lobak merah, bunga kobis, batang kailan, udang dan sotong. Masak sehingga sayur dan makanan laut masak.
  8. Perasakan dengan sedikit gula dan garam secukup rasa.
  9. Pukul ringan 2 biji telur, kemudian tuangkan ke dalam kuah sambil dikacau perlahan.
  10. Masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga kuah menjadi pekat. Masukkan daun kailan dan tutup api.
  11. Letakkan kuetiau yang sudah digoreng di dalam pinggan, kemudian siram dengan kuah panas.
  12. Hidangkan bersama cili potong dan kicap cair atau cili jeruk mengikut selera.

Sumber: Nasriah Ramli

Baca juga: Resipi Kuetiau Goreng ‘Kosong’, Tak Letak Lauk Udang Kerang Pun Sedap Yang Amat!

Wan N

Recent Posts

Bosan Sarapan Roti Biasa? Cuba Resipi Roti Sardin Guna Sourdough, Tambah Keju Mozzarella!

Resepi roti sardin ini boleh menjadi pilihan menarik untuk sarapan pagi, terutamanya bagi yang inginkan…

36 minutes ago

Rahsia Simpan Tauge Agar Kekal Rangup & Tak Cepat Hitam, Tak Sangka Cuma Perlu 1 Bahan Ini Je!

Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…

16 hours ago

Cara Masak Udang Buttermilk, Kuah Creamy Berlemak Tapi Tak Muak Ini Pasti Disukai Ramai!

Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…

17 hours ago

Resipi Tomyam Viral Fizo Omar, Masam Pedas Berlemak Memang Sedap Hirup Dengan Nasi!

Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…

18 hours ago

Lelaki Kongsi Ramuan Turun Kencing Manis & Darah Tinggi Dengan Cepat, Ramai Komen Menjadi!

Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…

19 hours ago

Petua Lembutkan Daging Itik Yang Liat, Ini Rahsia Supaya Isinya Empuk Dan Sedap!

Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…

19 hours ago