resipi kuetiau goreng

Jom cuba resipi kuetiau goreng mudah ini untuk hidangan cepat dan sedap. Hanya beberapa langkah saja untuk hidangan yang wangi, pedas secukup rasa dan mengenyangkan.

Hanya perlu guna bahan asas seperti bawang, lada, sos tiram, sos cili dan kicap. Tambahkan juga lauk ayam, kerang, atau fish cake untuk hidangan lebih lengkap dan menyelerakan.

Baca juga: Resipi Mihun Goreng Cili Padi Simple, Hanya Guna Bahan Dapur Dah Cukup Sedap!

RESIPI KUETIAU GORENG 5 LANGKAH MUDAH

resipi kuetiau goreng

Bahan-bahan utama:

  • Kuetiau
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • 9 biji lada merah (boleh ikut tahap kepedasan)
  • Sos tiram 3 sudu besar
  • Sos cili 3 sudu besar
  • Kicap 10 sudu besar
  • Kerang
  • Ayam
  • Carrot
  • Fish cake
  • Tauge
  • Kucai
  • Serbuk perasa secukup rasa

Cara memasak:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih dan lada merah. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
  2. Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap. Kacau rata.
  3. Tambahkan kerang, ayam dan carrot. Masak sehingga semua bahan masak sempurna, lebih kurang 10 minit.
  4. Masukkan kuetiau bersama fish cake. Perasakan dengan serbuk perasa dan kacau rata sehingga semua bahan sebati.
  5. Akhir sekali, masukkan tauge dan kucai. Gaul rata dan angkat. Sedia untuk dihidang!

Sumber: Nur Fazie

Baca juga: Cara Masak Nasi Goreng Kampung Sedap & Pedas Padu, Tiada Siapa Boleh Tolak Punya!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN