cara memasak bihun

Kalau nak tahu cara memasak bihun yang cepat, simple tapi tetap sedap, resipi bihun goreng cili padi ini memang patut dicuba. Gabungan cili padi, bawang dan ikan bilis yang ditumis wangi memang buat perut terus rasa lapar.

Resipi ini juga antara menu paling senang nak masak bila tak ada idea nak masak apa. Tak perlu bahan mahal, cukup guna apa yang ada di dapur seperti tauhu, telur dan sayur.

Kalau suka rasa pedas yang ‘kick’ tapi masih ringan dan tak berat untuk makan waktu pagi atau malam, resipi ini memang kena dengan selera ramai. Hidang panas-panas, confirm licin pinggan sebelum sempat sejuk!

Baca juga: Cara Basuh Kuetiau Supaya Tak Lembik Dan Melekat, Barulah ‘Perfect’ Kejadiannya!

CARA MEMASAK BIHUN GORENG CILI PADI

cara memasak bihun

Bahan-bahan:

  • Bihun (direndam hingga lembut)
  • Cili padi
  • Cili besar
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Ikan bilis
  • Tauhu (digoreng dan dipotong)
  • Telur
  • Sayur pak choy (atau apa-apa sayur hijau)
  • Garam dan serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis

Cara memasak:

  1. Kisar cili padi, cili besar, bawang putih dan bawang merah hingga halus.
  2. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan kisar bersama ikan bilis hingga naik bau dan sedikit garing.
  3. Masukkan telur, kacau hingga berketul.
  4. Masukkan bihun yang telah direndam lembut, gaul rata dengan bahan tumis.
  5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa mengikut cita rasa.
  6. Akhir sekali, masukkan tauhu dan sayur pak choy. Gaul hingga semua bahan sebati dan masak sempurna.
  7. Siap untuk dihidangkan!

Sumber: Roha Adrinna

Baca juga: Tip Telur Itik Cantik Tak Pecah Dalam Gulai Lemak, Hasilnya Cantik & Kuah Pun Pekat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN