
Kalau musim panas atau bulan puasa, memang teringin sangat nak minum sesuatu yang sejuk-sejuk, manis dan menyegarkan seperti koktail jelly.
Pencuci mulut ini antara menu paling mudah tapi tetap jadi kegemaran ramai. Tekstur kenyal jeli, buah-buahan dalam tin, ditambah pula dengan kuah susu berkrim memang ngam sangat!
Paling menarik, resipi ini tak perlu masak langsung. Hanya gaul dan terus siap! Sesuai dihidangkan untuk berbuka puasa, moreh, majlis kecil atau bila tetamu datang ke rumah.
Baca juga: Resipi Puding Jagung Kastard ‘Creamy’, Senang Saja Buat & Confirm Menangi Hati Semua!
CARA BUAT KOKTAIL JELLY

Bahan-bahan (Anggaran 20 orang):
- Sumi atau jeli 2–3 kg (dipotong kecil, buka dengan pisau)
- 2 tin buah koktel
- 2 tin susu cair
- 1/2 tin susu pekat manis
- 700 ml air suam
- Ais secukupnya
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan sumi atau jeli yang telah dipotong ke dalam bekas besar atau periuk.
- Kemudian, tuangkan buah koktel bersama sedikit air sirapnya ke dalam bekas yang sama.
- Masukkan susu cair dan susu pekat manis.
- Tambahkan air suam dan kacau perlahan-lahan sehingga semua bahan sebati.
- Pastikan tidak dipanaskan kerana jeli boleh rosak dan hilang tekstur kenyalnya.
- Akhir sekali, masukkan ais dengan banyak sebelum dihidangkan supaya lebih sejuk dan menyegarkan.
Sumber: Rose Hassan
Baca juga: Resipi Air Sirap Bandung Soda Laici Untuk Berbuka, Rasa Berkrim Buat Dahaga Hilang Sekelip Mata!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














