puding koktail

Puding koktail kastard memang kegemaran ramai kerana manis buah koktail digabung dengan kastard yang lembut bergedik.

Lagi padu bila dinikmati sejuk-sejuk. Ia juga sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau sebagai hidangan istimewa bila tetamu datang.

Teksturnya lembut, kuah kastard berkrim dan rasa buah koktail yang segar menjadikan setiap suapan memikat selera dan terasa puas.

Dengan resipi ini, anda boleh menyediakan puding yang cantik, sedap dan mudah disediakan walaupun hanya guna bahan yang ringkas.

Baca juga: Puding Laici Berkuah Lembut & Manis Yang Ringan, Pencuci Mulut Sejuk Yang Ramai Nantikan

RESEPI PUDING KOKTAIL KASTARD

puding koktail

Bahan-bahan tepung kastard:

  • 1 cawan tepung kastard
  • 4 cawan air
  • 4/5 tin susu pekat manis (boleh letak 1 tin sahaja jika mahu kurang manis; bila sejuk nanti rasanya tetap cukup manis)

Cara menyediakan kastard:

  1. Satukan semua bahan dalam periuk. Kacau selalu hingga mendidih.
  2. Masak sedikit lebih lama selepas mendidih, sekitar 5–10 minit, untuk kastard lebih pekat.
  3. Tuang ke dalam bekas dan biarkan permukaan mengeras selama 20–30 minit sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Bahan-bahan kuah:

  • 1 tin susu cair
  • 2 tin air
  • Sedikit air buah tin (ikut citarasa)
  • Gula secukup rasa
  • 1 sudu kecil perasa vanila (opsional)
  • Setengah tin susu pekat (boleh letak ikut kemanisan)
  • 1 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)

Cara menyediakan kuah:

  1. Satukan semua bahan kecuali bancuhan tepung jagung. Panaskan hingga hampir mendidih.
  2. Masukkan bancuhan tepung jagung, kacau hingga kuah mendidih selama 2 minit.
  3. Sejukkan kuah sebelum dituangkan ke atas puding.

Tips tambahan:

  • Boleh tambah buah laici, buah campur, nata de coco, sagu atau buah-buahan lain mengikut citarasa.
  • Hidangkan sejuk untuk rasa lebih menyegarkan.
  • Untuk versi lebih manis, tambah sedikit susu pekat ke kuah.

Sumber: Nor Amirah

Baca juga: Resepi Puding Kastard Jagung Mudah Dengan 5 Bahan, Hasil Lembut Gebu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN