koktail buah campur

Cuaca panas macam ni sedapnya kalau dapat makan sesuatu yang menyejukkan tekak seperti koktail buah campur. Kalau suka letak ais banyak, lebihkan susu pekat kalau tak nanti tawar.

Sekarang mungkin koktail buah ini nampak biasa je, bila masuk bulan Ramadan, pasti buat anda meleleh-leleh. Boleh simpan resipi ini siap-siap sebagai persediaan pada bulan Ramadan nanti.

Nak cuba? Ikut saja resipi di bawah ini ya. Semoga bermanfaat!

CARA BUAT KOKTAIL BUAH CAMPUR

Bahan-bahan:

  • Satu tin susu sejat
  • Setengah tin susu pekat
  • Satu tin buah laici
  • Satu biji buah naga
  • Dua biji buah mangga
  • Cincau
  • Ais

Cara-cara:

1. Bancuh susu pekat bersama 2 cawan air panas. Tambah lagi 2 cawan air.

2. Kemudian campurkan semua bahan dan kacau rata. Tambahkan ais dan sedia untuk dihidangkan.

Kredit: @MalaysianFoods (Twitter)

Baca juga: Resipi Salad Buah Paling Mudah. Sedap Makan Sejuk, Sangat Menyegarkan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN