Kerepek ubi kentang antara snek yang memang susah nak berhenti mengunyah, lebih-lebih lagi kalau dibuat nipis, rangup dan disalut dengan perisa hot & spicy. Tak perlu beli di kedai, rupanya boleh buat sendiri di rumah dengan beberapa bahan mudah.

Resipi ini menggunakan kentang yang dihiris nipis sebelum direndam dan dicelur dalam air campuran cuka. Cara ini membantu menghasilkan hirisan kentang yang lebih rangup selepas digoreng.

Untuk perisa pula, gabungan rempah kari dan beberapa bahan lain menjadikan kerepek kentang ini pedas, berempah dan cukup menyelerakan. Kalau suka snek pedas, memang boleh cuba buat stok sendiri di rumah.

Baca juga: Cara Buat Kerepek Peria Yang Rangup, Syok Makan Sebab Tak Pahit Langsung!

RESIPI KEREPEK UBI KENTANG PEDAS

kerepek ubi

Bahan-bahan kerepek:

  • 5 biji kentang
  • 2 cawan air
  • ½ cawan cuka makan
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan perisa:

  • 2 sudu besar rempah kari hot & spicy
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil gula kastor
  • Garam secukupnya
  • Perisa secukupnya

Nota: Campurkan semua bahan perisa dalam satu bekas.

Cara-cara penyediaan:

  1. Kupas kentang menggunakan pengupas kulit atau pisau.
  2. Hiris kentang setipis yang boleh menggunakan pisau. Kalau ada alat sagat, boleh juga digunakan untuk mendapatkan hirisan yang lebih nipis dan sekata.
  3. Setelah siap dihiris, basuh kentang sehingga bersih dan toskan.
  4. Didihkan air bersama cuka makan. Masukkan hirisan kentang sedikit demi sedikit dan celur seketika. Angkat, kemudian basuh semula dan toskan hingga kering.
  5. Panaskan minyak dengan api kuat. Masukkan hirisan kentang sedikit demi sedikit supaya cepat masak dan tidak terlalu penuh dalam kuali.
  6. Goreng sehingga kentang bertukar warna kekuningan dan minyak mula kurang meletup. Angkat dan toskan minyak. Ulangi proses sehingga semua hirisan kentang habis digoreng.
  7. Masukkan kerepek yang sudah ditoskan ke dalam bekas bertutup. Taburkan campuran perisa dan tutup bekas.
  8. Goncangkan bekas sehingga perisa bersalut sekata pada semua kerepek.
  9. Kerepek ubi kentang hot & spicy siap untuk dinikmati. Simpan dalam bekas kedap udara supaya kekal rangup.

Sumber: Facebook

Baca juga: Resipi Kerepek Jejari Ketam Rangup, Jajan Paling Senang & Modal Murah

Resipi 20 Minit Siap

The request cannot be completed because you have exceeded your quota.

Resipi Trending