Categories: Resipi

Cara Buat Kerabu Laksa Thai, Rasa Masam Manis Pedas Buat Nak Menambah Berkali-Kali!

Kalau suka makanan yang ada rasa masam, manis, masin dan pedas dalam satu hidangan, kerabu laksa Thai ini memang boleh masuk dalam senarai untuk dicuba. Laksa Thai yang lembut digaul bersama udang, betik mengkal, kacang panjang dan tomato sebelum disatukan dengan sos yang cukup berperisa.

Menariknya, hidangan ini bukan sahaja menggunakan bahan utama seperti laksa dan udang, malah boleh dinikmati bersama pelbagai jenis ulam dan sayur pilihan. Salad, timun, kangkung, kubis, daun kaduk atau telur rebus antara yang boleh disediakan sebagai pelengkap.

Resipi ini juga tidak memerlukan proses memasak yang rumit. Selepas laksa dan udang direbus, semua bahan hanya perlu digaul bersama sos yang telah ditumbuk dan dicampurkan. Sukatan sos pula boleh disesuaikan mengikut selera, terutama jika suka rasa lebih pedas atau masam.

Baca juga: Resipi Kerabu Pegaga, Gaul Dengan Kelapa Sangai Sampai Kering Baru Lagi Sedap

RESIPI KERABU LAKSA THAI

Bahan-bahan:

  • 1/2 paket laksa thai kering
  • 6-8 ekor udang atau lebih
  • 4-6 ulas bawang putih
  • 4-6 biji cili api
  • 1 sudu besar gula thai
  • 1-2 sudu besar gula putih
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 3 sudu besar sos para (budu tdaun hai)
  • 1-2 biji limau nipis, ambil jus
  • Betik mengkal (disagat)
  • Kacang panjang (dipatahkan kecil)
  • Tomato (dihiris)

Ulam dan sayur pilihan:

  • Salad
  • Timun
  • Kangkung
  • Pucuk cha om
  • Pucuk belalang petai
  • Pucuk asam jawa
  • Bunga telang
  • Kubis
  • Daun kaduk
  • Sawi kerinting
  • Telur rebus

Cara-cara penyediaan:

  1. Rebus laksa Thai kering hingga lembut. Toskan dan lalukan di bawah air untuk menghentikan proses memasak. Ketepikan.
  2. Buang kulit udang dan rebus seketika hingga masak. Angkat dan toskan.
  3. Tumbuk bawang putih, cili api dan gula Thai hingga lumat. Masukkan gula putih, sos ikan, sos para dan perahan limau nipis. Gaul hingga sebati.
  4. Rasa sos dan sesuaikan mengikut selera. Rasa yang dicari ialah gabungan masam, manis, masin dan pedas.
  5. Tuangkan sos ke dalam mangkuk besar. Masukkan kacang panjang, tomato, betik mengkal, laksa dan udang.
  6. Gaul kesemua bahan hingga sebati dan pastikan sos bersalut rata pada laksa serta bahan-bahan lain.
  7. Hidangkan kerabu laksa Thai bersama ulam-ulaman dan sayur pilihan seperti timun, salad, kangkung, kubis atau telur rebus.

Sumber: Sofia Abdul Halil

Baca juga: Resipi Kerabu Sotong, Nampak Ringkas Tapi Ada ‘Petua’ Supaya Tekstur Kekal Lembut & Tak Liat

Wan N

Recent Posts

Resepi Biskut Semperit Susu Guna 3 Bahan Sahaja, Rangup Dan Cair Di Mulut!

Resepi biskut semperit susu ini antara pilihan yang boleh dicuba jika sedang mencari biskut yang…

16 minutes ago

Cucur Balak Rangup Cicah Kuah Kacang, Rupanya Cara Buat Adunan Macam Kulit Ketayap!

Kalau biasa menikmati cucur atau kuih tradisional sebagai hidangan minum petang, apa kata cuba pula…

3 hours ago

Cara Buat Bingka Ubi Dengan Permukaan Garing Tapi Isi Lembut, Manis Cukup Rasa!

Cara buat bingka ubi sendiri di rumah tidaklah sesukar yang disangka. Kuih tradisional ini cukup…

3 hours ago

Sambal Berlada Telur Rebus Bilis Kentang, Lauk Ringkas Tapi Nasi Tambah 3 Kali!

Kadang-kadang, lauk yang ringkas dengan gabungan rasa pedas, masin dan sedikit manis inilah yang paling…

3 hours ago

JUICE Best Of 2026 Kembali, Kini Orang Ramai Boleh Undi Artis, DJ Dan Jenama Fesyen Pilihan!

Siapa agaknya nama yang paling menyerlah dalam dunia hiburan dan budaya pop tempatan sepanjang tahun…

3 hours ago

Resipi Sambal Tumis Udang Simple, Rahsia Isi Kekal Juicy & Kuah Pekat Bersalut Elok!

Resipi sambal udang simple ini sesuai dijadikan pilihan kalau buntu memikirkan menu lauk untuk makan…

3 hours ago