Categories: Resipi

Resipi Kek Pisang, Guna Air Fryer Hasil Tetap Lembut & Gebu ‘Gebas’!

resipi kek pisangresipi kek pisang

Resipi kek pisang yang gebu dan moist ni memang sesuai untuk dinikmati bersama keluarga sambil minum petang. Paling best, ia dibuat guna air fryer, jadi lebih cepat dan tak perlu guna oven.

Selain itu, sekiranya anda mahukan hasil kek yang lebih wangi, boleh tambah sedikit esen vanila atau kulit kayu manis ke dalam adunan pisang.

Anda juga tidak perlu bimbang sekiranya tiada air fryer di rumah, resipi ini juga boleh diolah untuk oven biasa. Cuma bakar pada suhu 170°C selama 40-45 minit.

Jom cuba!

Baca lagi: Resipi Kek Sarang Semut Berongga & Kenyal, Elok Sungguh Kejadiannya!

RESIPI KEK PISANG

Bahan-Bahan yang Diperlukan:

  • Tepung gandum: 2 cawan
  • Baking powder: 1 sudu teh
  • Soda bikarbonat: 1 sudu teh
  • Pisang: 6-8 biji, dipotong kecil-kecil (lebih masak pisang, lebih sedap keknya)
  • Minyak jagung: 1 cawan (boleh guna minyak masak biasa kalau tak ada minyak jagung)
  • Gula: 1 cawan (boleh kurangkan jika tak mahu terlalu manis)
  • Telur: 3 biji

Cara Penyediaan:

1. Dalam bekas besar, campurkan tepung gandum, baking powder, dan soda bikarbonat yang telah diayak. Ketepikan dahulu.

2. Dalam blender, masukkan pisang yang telah dipotong kecil, minyak jagung, gula, dan telur. Blend kesemua bahan ini sehingga halus dan sebati. Kalau tak ada blender, boleh guna whisk, cuma pastikan semua bahan bercampur rata.

3. Tuang bahan yang sudah blend tadi ke dalam bekas tepung. Gaul dengan perlahan-lahan menggunakan spatula atau sudip hingga adunan menjadi sebati. Pastikan jangan over-mix, kacau balikkan saja supaya adunan tak keras.

4. Sapu sedikit butter atau minyak di sekeliling loyang untuk elak kek melekat. Kemudian, tuangkan adunan kek ke dalam loyang tadi.

5. Susun hirisan pisang di atas adunan kek sebagai hiasan. Pisang yang dihiris nipis ini bukan saja mencantikkan kek, tapi juga menambah rasa pisang yang lebih.

6. Panaskan air fryer terlebih dahulu pada suhu 160°C selama 5 minit. Ini penting supaya suhu dalam air fryer stabil semasa kita masukkan kek nanti.

7. Masukkan loyang yang berisi adunan kek ke dalam air fryer yang telah dipanaskan. Set suhu pada 160°C dan masa antara 20 hingga 25 minit bergantung kepada jenis air fryer anda.

8. Selepas 20-25 minit, cucuk dengan lidi atau garpu untuk pastikan kek sudah masak. Jika lidi keluar bersih, kek anda sudah siap. Jika masih ada adunan yang melekat, tambah masa lagi 5 minit.

Siap!

Selamat mencuba!

Sumber: Eniza M. Salim

Baca lagi: Kaswi Pandan Versi Mudah, Guna Resipi Ini Dapat Hasil Lembut Bergedik

Aisha Qistina

Recent Posts

Cara Pantas Untuk Hilangkan Bau Hanyir Ayam, Guna 2 Bahan Saja Terus Segar!

Semua orang pernah hadapi masalah bau ayam yang tak hilang-hilang walaupun dibersihkan banyak kali. Sebenarnya,…

39 mins ago

Resepi Donat Bajet Tanpa Telur Dan Susu, Jimat Dan Gebunya Berbaloi!

Walaupun ada banyak cara untuk buat donat yang lembut dan gebu, tapi kami begitu tertarik…

1 hour ago

Tip Sambal Kelapa Nasi Kerabu Yang Sedap & Tahan Lama, Ini Rahsianya!

Sambal kelapa nasi kerabu adalah salah satu bahan penting yang mesti ada dalam hidangan nasi…

1 hour ago

Resipi Sambal Tempe Goreng Dengan Kangkung, Bila Makan Tak Ingat Dunia!

Resipi tempe goreng sambal dengan kangkung ini memang jarang dibuat orang. Pasti ramai yang pertama…

1 hour ago

Cara Buat Salad Ayam Diet Yang Sedap, Makan Tiap Hari Pun Tak Bosan!

Resepi salad ayam ini adalah pilihan hidangan yang mudah dan sangat sesuai untuk dinikmati pada…

2 hours ago

Tip Simpan & Panaskan Lauk Frozen, Ada ‘Pantang Larang’ Kena Ikut

Menyediakan hidangan harian boleh menjadi cabaran, terutamanya bagi yang sibuk bekerja. Salah satu cara mudah…

18 hours ago