resipi kek pisang

Resipi kek pisang yang gebu dan moist ni memang sesuai untuk dinikmati bersama keluarga sambil minum petang. Paling best, ia dibuat guna air fryer, jadi lebih cepat dan tak perlu guna oven.

Selain itu, sekiranya anda mahukan hasil kek yang lebih wangi, boleh tambah sedikit esen vanila atau kulit kayu manis ke dalam adunan pisang.

Anda juga tidak perlu bimbang sekiranya tiada air fryer di rumah, resipi ini juga boleh diolah untuk oven biasa. Cuma bakar pada suhu 170°C selama 40-45 minit.

Jom cuba!

Baca lagi: Resipi Kek Sarang Semut Berongga & Kenyal, Elok Sungguh Kejadiannya!

RESIPI KEK PISANG

Bahan-Bahan yang Diperlukan:

  • Tepung gandum: 2 cawan
  • Baking powder: 1 sudu teh
  • Soda bikarbonat: 1 sudu teh
  • Pisang: 6-8 biji, dipotong kecil-kecil (lebih masak pisang, lebih sedap keknya)
  • Minyak jagung: 1 cawan (boleh guna minyak masak biasa kalau tak ada minyak jagung)
  • Gula: 1 cawan (boleh kurangkan jika tak mahu terlalu manis)
  • Telur: 3 biji

Cara Penyediaan:

1. Dalam bekas besar, campurkan tepung gandum, baking powder, dan soda bikarbonat yang telah diayak. Ketepikan dahulu.

2. Dalam blender, masukkan pisang yang telah dipotong kecil, minyak jagung, gula, dan telur. Blend kesemua bahan ini sehingga halus dan sebati. Kalau tak ada blender, boleh guna whisk, cuma pastikan semua bahan bercampur rata.

3. Tuang bahan yang sudah blend tadi ke dalam bekas tepung. Gaul dengan perlahan-lahan menggunakan spatula atau sudip hingga adunan menjadi sebati. Pastikan jangan over-mix, kacau balikkan saja supaya adunan tak keras.

4. Sapu sedikit butter atau minyak di sekeliling loyang untuk elak kek melekat. Kemudian, tuangkan adunan kek ke dalam loyang tadi.

5. Susun hirisan pisang di atas adunan kek sebagai hiasan. Pisang yang dihiris nipis ini bukan saja mencantikkan kek, tapi juga menambah rasa pisang yang lebih.

6. Panaskan air fryer terlebih dahulu pada suhu 160°C selama 5 minit. Ini penting supaya suhu dalam air fryer stabil semasa kita masukkan kek nanti.

7. Masukkan loyang yang berisi adunan kek ke dalam air fryer yang telah dipanaskan. Set suhu pada 160°C dan masa antara 20 hingga 25 minit bergantung kepada jenis air fryer anda.

8. Selepas 20-25 minit, cucuk dengan lidi atau garpu untuk pastikan kek sudah masak. Jika lidi keluar bersih, kek anda sudah siap. Jika masih ada adunan yang melekat, tambah masa lagi 5 minit.

Siap!

Selamat mencuba!

Sumber: Eniza M. Salim

Baca lagi: Kaswi Pandan Versi Mudah, Guna Resipi Ini Dapat Hasil Lembut Bergedik

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN