Categories: Resipi

Resipi Sambal Tempe Goreng Dengan Kangkung, Bila Makan Tak Ingat Dunia!

Resipi tempe goreng sambal dengan kangkung ini memang jarang dibuat orang. Pasti ramai yang pertama kali melihat menu ini kan?

Jika anda ingin kelainan, cubalah hidangan ini di rumah. Katanya, ia mampu membuatkan anda makan tak ingat dunia!

Tak perlu lauk lain, ada satu lauk ini pun dah cukup menyelerakan untuk dimakan dengan nasi panas. Memang kena cuba!

Baca juga: Cara Goreng Tempe Yang Unik & Sedap, Pasti Anda Tak Pernah Cuba!

RESEPI TEMPE GORENG SAMBAL DENGAN KANGKUNG

Bahan-bahan:

  • 3 keping tempe (potong petak dan goreng seperti biasa)
  • 3 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 6 batang cili merah besar
  • Cili padi (ikut tahap kepedasan)
  • Seinci belacan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Kangkung (lebihkan jika suka)

Cara-cara:

  1. Goreng tempe tanpa letak kunyit dan garam. Pastikan tempe digoreng hingga garing dan rangup.
  2. Sementara itu, kisar kasar bahan-bahan seperti bawang besar, bawang putih, cili merah, cili padi dan sedikit belacan. Tak perlu kisar terlalu halus, cukup sekadar kasar.
  3. Ambil tempe yang telah digoreng dan masukkan bahan kisar tadi. Lenyekkan tempe dengan bahan kisar secara lembut, jangan terlalu hancur, cukup tekan-tekan manja.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan pastikan rasa sambalnya cukup seimbang.
  5. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan campuran tempe dan sambal. Goreng lagi sehingga tempe semakin garing.
  6. Apabila tempe sudah garing, masukkan kangkung yang telah dipotong. Goreng bersama tempe dan sambal sehingga kangkung layu dan matang.
  7. Hidangan sambal tempe goreng dengan kangkung sudah siap. Nikmati hidangan yang mudah, sedap dan penuh rasa!

Video penuh:

Sumber: Plums Humble Kitcken

Baca juga: Resipi Sambal Tempe Ikan Bilis & Kacang, Ratah Pun Sedap Sampai Tak Sedar Habis 1 Bekas

Wan N

Recent Posts

Rahsia Simpan Tauge Agar Kekal Rangup & Tak Cepat Hitam, Tak Sangka Cuma Perlu 1 Bahan Ini Je!

Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…

9 hours ago

Cara Masak Udang Buttermilk, Kuah Creamy Berlemak Tapi Tak Muak Ini Pasti Disukai Ramai!

Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…

10 hours ago

Resipi Tomyam Viral Fizo Omar, Masam Pedas Berlemak Memang Sedap Hirup Dengan Nasi!

Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…

11 hours ago

Lelaki Kongsi Ramuan Turun Kencing Manis & Darah Tinggi Dengan Cepat, Ramai Komen Menjadi!

Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…

11 hours ago

Petua Lembutkan Daging Itik Yang Liat, Ini Rahsia Supaya Isinya Empuk Dan Sedap!

Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…

12 hours ago

Resipi Pajeri Kedondong, Kuah Pekat Berlemak Dengan Rasa Masam Buah Yang Menyelerakan

Pajeri kedondong merupakan antara hidangan yang boleh dicuba jika ingin menikmati lauk berasaskan buah dengan…

12 hours ago