
Kek marjerin pelangi antara kek klasik yang masih menjadi pilihan ramai kerana rasanya yang lemak, harum dan teksturnya lembut. Walaupun menggunakan bahan yang mudah didapati, hasilnya tetap sedap dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa.
Bagi peminat kek homemade, resipi ini memang wajib dicuba. Gabungan marjerin, telur, susu segar dan tepung naik sendiri menghasilkan kek yang gebu dengan aroma wangi yang boleh membuka selera seisi rumah.
Menariknya, kek marjerin pelangi ini tidak memerlukan banyak bahan atau teknik yang rumit. Hanya pukul adunan sehingga kembang, gaul bahan dengan betul dan bakar sehingga masak. Memang sesuai dibuat sebagai sarapan pagi atau hidangan minum petang bersama keluarga.
Baca juga: Resepi Kek Span Strawberry Gebu, Lembut & Tak Bau Hanyir Telur, Ramai Suka Simpan!
RESIPI KEK MARJERIN PELANGI

Bahan-bahan:
- 250 gram marjerin butter (guna marjerin Pelangi)
- 250 gram tepung naik sendiri
- 180 gram gula kastor
- 4 biji telur gred A
- ½ cawan susu segar
- 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan marjerin bersama gula kastor ke dalam mangkuk adunan. Pukul sehingga adunan menjadi kembang, ringan dan berwarna lebih pucat.
- Masukkan esen vanilla, kemudian masukkan telur satu persatu sambil terus memukul sehingga semuanya sebati.
- Masukkan tepung naik sendiri dan susu segar secara berselang-seli. Gaulkan menggunakan teknik kaup balik supaya adunan kek kekal ringan.
- Sediakan loyang bersaiz 8 inci dan lapikkan dengan kertas pembakar.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang dan ratakan permukaan.
- Bakar kek pada suhu 150°C menggunakan api atas dan bawah selama kira-kira 60 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.
- Setelah masak, keluarkan kek dan biarkan sejuk seketika sebelum dipotong.
Tip: Suhu dan tempoh membakar mungkin berbeza mengikut jenis oven. Pastikan buat ujian cucuk lidi untuk memastikan bahagian dalam kek benar-benar masak.
Nikmati kek marjerin pelangi ini bersama secawan teh atau kopi. Teksturnya yang gebu dan rasa lemak manis yang seimbang memang membuatkan kek ini susah nak berhenti makan.
Baca juga: Janisah Shansudin
Sumber: Resipi Kek Coklat Kukus Anti Gagal, Tak Perlu Mixer Pun Jadi Lembut Dan Gebu!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














