Categories: Resipi

Resipi Kek Marble Kampung Paling Senang Nak Buat, Wangi Semerbak Luar Biasa

Seringkali kita rindukan hidangan seperti di kampung, jadi anda bolehlah cuba resipi Kek Marble Kampung ini. Apabila makan, terasa seperti air tangan orang dulu-dulu.

Sejak dulu lagi, orang Melayu terutamanya mereka yang duduk di kampung sangat suka buat Kek Marble Kampung. Sampai sekarang, ia menjadi kek tradisional popular di Malaysia.

Nama ‘marble’ itu sebenarnya datang daripada corak berbelang-belang atau berpusar-pusar seperti corak marmar yang terhasil daripada adunan dua atau lebih warna yang cantik.

Jika anda ingin buat sendiri di rumah, boleh ikut perkongsian resipi oleh Nor Misnor di Facebook yang lebih mudah dan menarik ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Kek Minyak Kukus, Tak Guna Butter Pun Adunan Tetap Cantik Lembut!

RESIPI KEK MARBLE KAMPUNG

Kredit gambar: Facebook Janna Hanie

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, putar marjerin bersama gula kastor smpai kembang.

2. Masukkan susu pekat, esen vanilla dan telur satu demi satu, sambil putar sampai kembang gebu.

3. Selepas itu, masukkan tepung, kaup dan balikkan saja sampai sebati.

4. Seterusnya, bahagikan adunan mengikut pewarna dan masukkan adunan dalam loyang saiz 8 yang telah disapu dengan marjerin.

5. Akhir sekali, bakar dengan menggunakan suhu 150ºC selama 60 minit atau sampai betul-betul masak. Setelah sejuk, boleh potong. Siap untuk dinikmati!

Kredit gambar: Facebook Janna Hanie

Resipi Kek Marble Kampung ini boleh diolah coraknya dengan menggunakan kreativiti anda sendiri dan sangat sesuai dijadikan sebagai minum petang untuk seisi keluarga di rumah.

Selamat mencuba!

Kredit gambar muka depan: Janna Hanie dari Facebook

Sumber: Nor Misnor

Baca juga: Resepi Kek Marble Gebu, Satu Adunan Saja Boleh Bakar Atau Kukus Dengan Mudah

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

49 minutes ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

55 minutes ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

1 hour ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

2 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

2 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

5 hours ago