Categories: Resipi

Resipi Rempeyek Moden Guna Kulit Popia, Tak Perlu Bancuh Adunan Tepung!

Resipi rempeyek kacang tanah moden ini sangat ringkas kerana tidak perlu membuat bancuhan tepung, hanya perlu guna kulit popia.

Bukan setakat sedap, cara penyediaannya juga sangat mudah. Sesuai dijadikan kuih raya atau kudapan untuk menonton televisyen.

Kalau nak tahu apakah bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuatnya, jom lihat resipi penuh di bawah.

Baca juga: Cara Buat Tepung Pelita Versi Moden, Simple Dan Mudah Dibuat Di Rumah

RESEPI REMPEYEK KACANG TANAH MODEN

Bahan-bahan:

  • Kulit popia (apa-apa jenama pun tidak mengapa)
  • Kacang tanah (disangai terlebih dahulu)
  • Ikan bilis
  • Sedikit tepung gandum dan air (dibancuh)
  • Jintan manis dan jintan putih (dikisar sekali)

Cara memasak:

  1. Gunting atau potong kulit popia ikut saiz yang diinginkan (resipi ini buat bentuk segi empat).
  2. Bancuh tepung gandum dengan sedikit air (cukup untuk jadikan pelekat). Sapu sedikit bancuhan ini di atas permukaan kulit popia.
  3. Taburkan beberapa biji kacang tanah, sedikit ikan bilis dan tabur sedikit serbuk jintan manis serta jintan putih kisar di atas kulit popia.
  4. Panaskan minyak masak dan goreng hingga garing dan keemasan. Pastikan api sederhana supaya tidak cepat hangus.
  5. Angkat, toskan minyak dan biarkan sejuk sebelum simpan dalam bekas kedap udara.

Sumber: Shai Anne Ahemed

Baca juga: Resepi Popia Nestum Mudah Dengan 5 Bahan, Kunyah Sampai Tak Berhenti!

Wan N

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

2 days ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

2 days ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

2 days ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

2 days ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

3 days ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

3 days ago